WASHINGTON: Panas terik yang memecahkan rekod melanda sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kurang sebulan selepas memasuki musim panas.
Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius (C).
Cuaca sebelah malam memberikan sedikit kelegaan, dengan suhu menurun kepada 34°C untuk hari kesembilan berturut-turut, lapor United Press International (UPI).
"Walaupun di Phoenix suhu sentiasa panas pada musim panas, gelombang haba kali ini sangat kuat dan berlarutan.
"Malangnya, ia adalah petanda kepada perkara yang akan muncul memandangkan unjuran kesan perubahan iklim yang paling boleh dipercayai ialah kesan yang berkaitan secara langsung dengan peningkatan suhu global," kata Pengarah Pusat Sains dan Penyesuaian Iklim di Universiti Arizona, Katharine Jacobs.
Sebahagian besar kawasan di selatan AS selatan berada di bawah kubah haba, dengan suhu dari California hingga ke Florida telah memecahkan rekod.
"Gelombang haba berbahaya dan berpanjangan untuk sebahagian besar kawasan di selatan, menyaksikan kira-kira 80 juta penduduk mungkin mengalami suhu atau indeks haba melebihi 105°F (40°C) pada hujung minggu ini," menurut amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Selasa.
Houston pada Selasa mungkin akan memecahkan rekod harian sepanjang 43 tahun, apabila suhu diramalkan mencecah 39°C.
"Gelombang haba boleh membawa maut, terutamanya bagi gelandangan, mereka yang bekerja di luar rumah dan yang tidak mempunyai pendingin hawa mencukupi.
"Mereka yang lebih berusia dan mempunyai masalah kesihatan perlu memastikan kekal terhidrat," kata Jacobs.
Kawasan yang mengalami suhu paling panas pada musim panas kali ini ialah bandar-bandar yang lebih besar, manakala pinggir bandar yang mempunyai banyak pokok-pokok terlepas daripada cuaca panas melampau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius (C). -Gambar hiasan/Reuters
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.
Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.
Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.