NEW YORK: Sekolah untuk kira-kira 77 juta pelajar di enam negara terus ditutup hampir 18 bulan disebabkan pandemik COVID-19, menurut analisis data terkini yang dikeluarkan pada Khamis oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF ), lapor Xinhua.
Enam negara tersebut adalah Bangladesh, Kuwait, Panama, Filipina, Arab Saudi dan Venezuela.
Secara keseluruhan, kira-kira 131 juta pelajar di 11 negara telah ketinggalan lebih tiga perempat pembelajaran sejak pandemik bermula. Hampir 27 peratus negara di seluruh dunia terus menutup atau membukan sebahagian sesi persekolahan.
"Ketika kelas disambung semula di banyak negara di dunia, berjuta-juta pelajar memasuki tahun akademik ketiga tanpa menjejakkan kaki ke kelas.
"Kerugian yang ditanggung pelajar kerana tidak berada di sekolah tidak akan dapat dipulihkan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.
Penutupan sekolah menimbulkan krisis di luar pendidikan seperti tidak mendapat makanan asas yang disediakan di sekolah dan vaksinasi rutin. Kanak-kanak juga mengalami pengasingan sosial, peningkatan kerisauan dan terdedah kepada penderaan serta keganasan.
Menurut UNICEF ada yang menjadi buruh kanak-kanak dan berkahwin di bawah umur.
Sebilangan ibu bapa terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjaga anak-anak dan membantu keperluan belajar, mendorong beberapa keluarga terjerumus ke jurang kemiskinan, menambah kepada krisis ekonomi.
Meskipun pembelajaran jarak jauh atau dari rumah kini menjadi kehidupan baharu jutaan pelajar sekolah, namun akses kepada teknologi dan kualiti kurikulum adalah tidak setara .
Pengalaman menunjukkan bahawa sekolah bukanlah penyebab utama penularan dan pembelajaran bersemuka mungkin boleh dibuka, kata UNICEF.
"Sekolah perlu menjadi institusi terakhir yang ditutup dan yang pertama dibuka semula. Kita harus mula mengutamakan kepentingan terbaik untuk setiap kanak-kanak. Pelajar boleh kembali ke sekolah, kecuali jika keadaan sangat terancam," kata Fore.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021

Hampir 27 peratus negara di seluruh dunia terus menutup atau membukan sebahagian sesi persekolahan. - Gambar hiasan/Pixabay
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.

Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.

Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.

Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel