Sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun bertindak melepaskan tembakan rambang di sebuah kolej komuniti di Oregon, Amerika Syarikat pada Khamis.
Penembak kemudiannya ditembak mati oleh pihak polis.
Dalam reaksinya, Presiden AS, Barack Obama merayu kawalan pemilikan senjata di negara itu dipertingkatkan sambil membidas kongres yang dikatakan gagal mengambil langkah sewajarnya sehingga negara itu sering berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai sejak kebelakangan ini.
“Sekadar berdoa sahaja tidak mencukupi, ini adalah satu keputusan politik yang perlu kita ambil.”
Lelaki yang identitinya tidak dikenali itu dilaporkan mula menembak mati mangsanya di sebuah kelas di Umpqua Community College yang terletak di pinggiran bandar Roseburg, sebelum beredar ke mangsa seterusnya di kelas berikutnya.
Kata Sheriff John Hanlin, laporan awal mengatakan 10 terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dan identiti mangsa akan hanya didedahkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam lagi.
Menurut seorang pelajar, Cassandra Welding yang berada di sebuah bilik berhampiran, dia mendengar 35 hingga 40 bunyi tembakan.
Welding melihat rakan sekelasnya ditembak sejurus membuka pintu kelas terbabit.
“Kami kunci pintu dan tutup lampu dan dalam keadaan panik sebelum memangil 911 (perkhidmatan kecemasan) dan ibubapa kami memaklumkan kami menyayangi mereka dan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.”
Agensi
Fri Oct 02 2015

Lelaki yang identitinya tidak dikenali itu dilaporkan mula menembak mati mangsanya di sebuah kelas di Umpqua Community College yang terletak di pinggiran bandar Roseburg, sebelum beredar ke mangsa seterusnya. -

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

"Tahniah rakanku!" Ucapan Barack Obama kepada Biden
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS ke-46.

Sekurang-kurangnya 13 maut dalam insiden tembakan di kolej Oregon
Dalam reaksinya, Presiden AS, Barack Obama merayu kawalan pemilikan senjata di negara itu dipertingkatkan sambil membidas kongres yang dikatakan gagal mengambil langkah sewajarnya.

Foto anak sulung Obama, Malia viral di internet
Setelah sekian lama menerima perlindungan ketat Rumah Putih, berhubung penampilannya, satu imej anak sulung Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama, 16, menjadi viral di media sosial.

Obama: 'Saya tidak dibenar menggunakan iPhone'
Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan; oleh kerana itu beliau sering kelihatan dengan Blackberry.

Obama datang Malaysia bulan hadapan
Lawatannya menjadikan beliau Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat negara ini dalam tempoh lebih empat dekad.

Bukti lengkap perlu sebelum campur tangan dalam konflik Syria
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan bukti lengkap dan kukuh diperlukan sebelum memuktamadkan bentuk campur tangan dalam konflik Syria.

Saudara tiri Obama bakal bertanding di Kenya
Saudara tiri presiden Barack Obama telah melancarkan kerjaya politik sendiri dengan mengumumkan niatnya untuk bertanding di daerah Kogelo pada Mac 4.
Obama mahu kawal penggunaan senjata
Presiden Barack Obama berikrar untuk melakukan apa yang terdaya bagi mengawal penggunaan senjata dan mengelak keganasan.