SHAH ALAM: Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Istanbul, Turkiye, menganggarkan sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.
Ketua Perkongsian di Hayat Yolu Ahmed Shaltoot berkata anggaran itu mengambil kira keutamaan intervensi jangka pendek, sederhana dan panjang, termasuk membina semula rumah dan sekolah, memulihkan semula sektor kesihatan, melaksanakan projek penyulingan air masin serta tenaga suria selain bantuan kepada anak yatim.
Hayat Yolu bekerjasama dengan rakan kongsi dari 13 negara untuk menangani cabaran pembinaan semula Gaza.
"Kita mesti mengatur dan merancang secara sistematik kerana pembinaan tidak mungkin boleh dimulakan di tengah-tengah konflik yang berterusan ini. Insya-Allah, apabila konflik berakhir, kita akan mempunyai kedudukan yang kukuh untuk menyokong usaha pembinaan semula Gaza," menurut Ahmed kepada Bernama pada majlis di Shah Alam pada Ahad.
Ahmed adalah antara penceramah pada International Postwar Gaza Rebuilding Planning Session, anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Hayat Yolu. Lebih 200 delegasi dari 23 negara mengambil bahagian dalam acara ini untuk menyusun strategi hala tuju pembinaan semula di Gaza.
Sementara itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM) melaporkan bahawa setakat 4 Feb, selepas 121 hari peperangan, jumlah korban dan kemusnahan yang dahsyat direkodkan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk 27,737 orang terkorban, 71,021 cedera dan lebih 8,000 individu hilang atau tertimbus di bawah runtuhan.
Penyelaras Media dan Hal Ehwal Politik PCOM Muath Omar berkata skala kemusnahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini dengan lebih 360,000 rumah, 386 kemudahan pendidikan dan 221 tempat ibadat rosak.
Beliau berkata sekurang-kurangnya AS$50 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza.
Walaupun pencerobohan Israel, Muath berkata gerakan penentang Palestin mempunyai daya tahan yang tinggi.
Menurutnya, selepas lima bulan konflik, tentera pendudukan Israel gagal mematahkan penentang atau menguasai sepenuhnya Gaza. Sebaliknya, penentang berjaya memusnahkan banyak kenderaan tentera, termasuk kereta kebal, kapal pengangkut tentera, jentolak dan jip.
Muath juga menyebut mengenai percanggahan antara angka rasmi dan yang diumumkan membabitkan jumlah korban dalam kalangan rakyat Israel, sekali gus menunjukkan daya tahan dan keberkesanan penentangan Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024

Hayat Yolu bekerjasama dengan rakan kongsi dari 13 negara untuk menangani cabaran pembinaan semula Gaza. - Gambar fail/Reuters
Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hamas serah empat mayat tebusan, tahanan Palestin dibebaskan
Hamas telah menyerahkan mayat empat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada pertukaran terakhir dalam gencatan senjata yang rapuh di Gaza.
Akibat cinta ditolak, lelaki serang ugut bunuh wanita
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.
Caj kesesakan di KL tidak sesuai, sistem pengangkutan awam diintegrasikan
Pelaksanaan caj kesesakan di ibu kota tidak sesuai dilakukan selagi sistem pengangkutan awam belum diintegrasikan sepenuhnya.
"Memang Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita" - Menteri Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Kampar untuk mengadakan libat urus dan perbincangan secara terbuka melibatkan minoriti dan majoriti untuk isu perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
PPTM 2025-2035 siap, diserahkan kepada Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035), menandakan langkah baharu dalam pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.
LRT3 dijangka mula beroperasi 30 September depan
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.

Sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk bangunkan semula Gaza - Hayat Yolu
Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan menganggarkan sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.