BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 25 tahanan sebuah penjara wanita di Honduras rentung dalam kebakaran, tujuh yang lain maut ditikam dan berpuluh-puluh lagi cedera semasa pertempuran ganas antara dua kumpulan yang bertelagah, lapor Sputnik, memetik media tempatan pada Selasa.
Lapor akhbar Honduras El Heraldo, sekurang-kurangnya 25 mayat wanita rentung ditemukan di bilik air Pusat Penyesuaian Sosial Wanita (CEFAS) di Jabatan Francisco Morazan di bahagian tengah negara itu.
Banduan itu dilaporkan dibunuh oleh ahli kumpulan lawan yang mengunci musuh mereka sebelum memulakan kebakaran.
Pihak berkuasa Honduras masih belum mengesahkan angka korban dan jumlah kematian akibat rusuhan itu boleh mencecah 41 orang.
Timbalan Menteri Keselamatan Semma Julissa Villanueva berkata di Twitter bahawa agensi penguatkuasaan undang-undang dan anggota bomba terpaksa campur tangan dan mengisytiharkan darurat di penjara.
Lima wanita yang cedera dibawa ke hospital tempatan.
Sementara itu, Pejabat Pendakwa Raya Honduras mengesahkan pada Selasa seramai 41 banduan terbunuh dalam pertempuran antara dua kumpulan di penjara.
Presiden Honduras Xiomara Castro dalam ciapannya pada Selasa berkata: "terkejut dengan pembunuhan beramai-ramai wanita di CEFAS".
Beliau turut menyatakan solidariti dengan keluarga mangsa, memanggil Menteri Keselamatan Ramon Sabillon dan ketua suruhanjaya semakan pejabat pendakwa raya untuk penjelasan dan berjanji akan mengambil "langkah drastik" berhubung insiden di penjara itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Wed Jun 21 2023

Sekurang-kurangnya 25 mayat wanita rentung ditemukan di bilik air Pusat Penyesuaian Sosial Wanita (CEFAS) di Jabatan Francisco Morazan. - Foto REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sekurang-kurangnya 25 rentung dalam rusuhan di penjara wanita
Sekurang-kurangnya 25 tahanan sebuah penjara wanita di Honduras rentung dalam kebakaran, tujuh yang lain maut ditikam dan berpuluh-puluh lagi cedera semasa pertempuran ganas.