MADRID: Tiga bot membawa lebih 300 migran dipercayai hilang di Lautan Atlantik, kata pegawai kumpulan bantuan pendatang, Walking Borders, pada Ahad.
Agensi Anadolu melaporkan, jurucakap kumpulan itu Helena Maleno berkata kesemua bot itu meninggalkan kampung Kafountine di selatan Senegal 15 hari lalu ke Kepulauan Canary di Sepanyol.
Maleno berkata terdapat kira-kira 200 pendatang menaiki satu daripada tiga bot ketika bot kedua sekitar 65 orang manakala bot ketiga 60 orang.
Beliau berkata ahli keluarga pendatang mengambil berat tentang keselamatan mereka.
Sekurang-kurangnya 559 pendatang termasuk 22 kanak-kanak maut ketika cuba memasuki Kepulauan Canary pada 2022, menurut data Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Maleno berkata kesemua bot itu meninggalkan kampung Kafountine di selatan Senegal 15 hari lalu ke Kepulauan Canary di Sepanyol. -Gambar hiasan/Reuters

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sekurang-kurangnya 300 migran hilang di Lautan Atlantik
Maleno berkata kesemua bot itu meninggalkan kampung Kafountine di selatan Senegal 15 hari lalu ke Kepulauan Canary di Sepanyol.