Hujan lebat pada malam tahun baharu menyebabkan banjir besar di Jakarta, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan maut, menurut kenyataan pihak berkuasa pada Rabu.
Bekalan elektrik dimatikan di kawasan yang dinaiki air, dengan beberapa laluan kereta api dan sebuah lapangan terbang juga ditutup, lapor AFP.
Seorang remaja berusia 16 tahun maut akibat kejutan elektrik, manakala tiga lagi maut akibat hipotermia, kata wakil agensi pengurusan bencana Jakarta, Subejo.
Turut terkorban ialah pasangan warga emas yang terperangkap di rumah mereka apabila air naik setinggi 4 meter dengan pantas selepas tebing sungai runtuh.
Seorang lagi mangsa lemas manakala empat orang terbunuh akibat tanah runtuh di pinggir bandar.
"Kami telah menutup bekalan elektrik di banyak kawasan untuk mengelakkan lebih banyak kejutan elektrik," kata Ikhsan Asaad, seorang pegawai di syarikat tenaga PLN, kepada AFP.
Asaad berkata dia tidak dapat menganggarkan berapa ramai penduduk terjejas akibat penutupan bekalan elektrik itu.
"Kami memberi tumpuan terhadap langkah untuk memastikan keselamatan pengguna," katanya.
Pihak berkuasa berkata kira-kira 13,000 penduduk telah dipindahkan, tetapi angka itu tidak termasuk penduduk di beberapa bandar satelit Jakarta.
Beberapa imej menunjukkan rumah dan kereta tenggelam dalam banjir berlumpur, sementara sebilangan penduduk menaiki bot penyelamat getah kecil atau tiub tayar untuk mencari tempat selamat.
Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, yang mengendalikan pesawat komersial dan tentera, ditutup sementara kerana limpahan air di landasannya, menurut Kementerian pengangkutan.
Banyak penerbangan dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Bencana itu menjadi banjir terburuk di Jakarta sejak 2013.
Bandar raya yang dihuni 30 juta penduduk itu kerap dilanda banjir semasa musim hujan di Indonesia, yang bermula pada akhir bulan November.
Agensi
Wed Jan 01 2020

Penduduk menyeberangi banjir di Jatibening yang terletak di pinggir Jakarta. - AP Photo/Achmad Ibrahim

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.