NARATHIWAT: Pengebom meletupkan sekurang-kurangnya tujuh butir bom di dua lokasi di Narathiwat di selatan Thailand pagi Jumaat, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Narathiwat, Pol Mej Jeneral Waesamae Salae berkata dalam kejadian pertama pada 7.30 pagi (waktu tempatan), empat bom jangka buatan sendiri meletup di tepi jalan di Jalan Yingo-Raman.
Kira-kira sejam kemudian, tiga bom yang diletakkan di tepi jalan meletup berhampiran lokasi letupan pertama.
"Skuad pemusnah bom mengambil masa kira-kira lima jam untuk memeriksa dan membersihkan tempat kejadian," katanya pada sidang media hari ini.
Media tempatan melaporkan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO) dipercayai bertanggungjawab terhadap serangan itu, berikutan diketepikan daripada perbincangan antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) untuk menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022

Pengebom meletupkan sekurang-kurangnya tujuh butir bom di dua lokasi di Narathiwat di selatan Thailand pagi Jumaat, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan
Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan.

Polis Jepun yakin penjenayah dikehendaki akhirnya ditemui selepas 50 tahun
Polis sedang menunggu ujian DNA ke atas seorang pesakit kanser yang dimasukkan ke sebuah hospital di Tokyo minggu lalu.

Sekurang-kurangnya tujuh butir bom meletup di Narathiwat, tiada kematian dilaporkan
Pengebom meletupkan sekurang-kurangnya tujuh butir bom di dua lokasi di Narathiwat di selatan Thailand pagi Jumaat, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Tragedi di ambang Aidilfitri, dua cedera balai polis diserang
Suspek dilaporkan masih hidup namun keadaanya kritikal dan kini dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Tragedi Sri Lanka: Daesh dakwa bertanggungjawab
Serangan letupan tersebut turut dipercayai adalah tindakan balas dendam terhadap serangan di masjid di Christchurch, New Zealand.

Letupan bom gegar Afghanistan, 35 maut
Kesemua yang maut merupakan peserta tunjuk perasaan yang mengadakan bantahan berhubung seorang komander polis.

Tiga maut serangan ibu pejabat pasukan anti pengganas
Laporan awal mengatakan enam terbunuh susulan serangan namun jumlah berkenaan berkurangan berikutan kekeliruan di rumah mayat.

PM Najib kutuk serangan bom di Afghanistan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di dua buah masjid di Afghanistan.

Afghanistan: Serangan pengebom bunuh diri, 12 anggota keselamatan terbunuh
Pengebom bunuh diri yang berada dalam sebuah kereta meletupkan dirinya di jabatan polis berkenaan dan turut mencederakan empat lagi yang lain termasuk ketua polis daerah Nadir Khan.

Serangan pengebom bunuh diri berhampiran konsulat AS di Jeddah
Seorang pengebom bunuh diri telah bertindak meletupkan bom dalam kereta berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah.