NEW DELHI: Pengacara televisyen dan ahli politik terkemuka Pakistan, Aamir Liaquat Hussain, yang sering mencetuskan kontroversi, meninggal dunia di bandar Karachi pada Khamis pada usia 49 tahun.
Aamir Liaquat ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan, lapor media Pakistan.
Dalam video baru-baru ini yang dikeluarkan di media sosial, selebriti televisyen itu bercakap mengenai hasratnya untuk meninggalkan Pakistan selepas klip video "tidak senonoh" dirinya didedahkan isteri ketiganya Dania Shah.
Perkahwinan mereka, yang diumumkan pada Februari, berakhir apabila Dania memfailkan perceraian dan mendakwa dirinnya didera.
Beberapa jam sebelum kematiannya, pengendali Twitter Aamir Liaquat menciap semula ciapan wartawan Hamza Azhar Salam.
"Baru bercakap dengan @AamirLiaquat yang mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan #Pakistan dan berpindah ke tempat yang tidak diketahui selepas mengerjakan Umrah. Didoakan yang baik-baik sahaja buat #AamirLiaquat," tulis wartawan itu.
Hamza berkata Aamir Liaquat telah menghantar nota suara kepadanya pada 6.32 petang Rabu.
"Kami semua bertanggungjawab atas kematiannya. Beliau menjadi mangsa balas dendam, keadaan mentalnya semakin merosot tetapi kami terus membulinya untuk kepentingan kami sendiri. Pakistan kehilangan seorang warganya hari ini," katanya di Twitter pada Khamis.
Presiden Arif Alvi, bekas presiden Asif Ali Zardari, Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari, Ketua Menteri Sindh Murad Ali Shah, bekas menteri dalam negeri Sheikh Rashid dan Senator Faisal Javed Khan adalah antara mereka yang mengucapkan takziah.
Beliau menjalani "kehidupan dinamik daripada kewartawanan kepada politik," kata Bilawal.
Aamir Liaquat berkhidmat sebagai menteri semasa pemerintahan Pervez Musharraf.
Beliau menyertai parti bekas perdana menteri Imran Khan Tehreek-e-Insaf (PTI) pada 2018 dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Karachi pada tahun yang sama. Terdahulu beliau menganggotai Gerakan Muttahida Qaumi (MQM).
Beliau pernah menganggotai Gerakan Muttahida Qaumi (MQM).
Speaker Dewan Undangan Negeri, Raja Pervaiz Ashraf menangguhkan sidang dewan pada Khamis hingga 5 petang Jumaat berikutan kematian Ahli Parlimen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Pengacara televisyen dan ahli politik terkemuka Pakistan, Aamir Liaquat Hussain, yang sering mencetuskan kontroversi, meninggal dunia di bandar Karachi pada Khamis pada usia 49 tahun. - Foto Twitter @vaibhavUP65
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Selebriti TV dan ahli politik Pakistan Aamir Liaquat meninggal dunia pada usia 49
Aamir Liaquat ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan, lapor media Pakistan.