MUMBAI: Bintang popular Bollywood Shah Rukh Khan kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan untuk filem terbaharunya, Pathan setelah 'berehat' lebih dua bulan susulan penahanan anak sulungnya, pada awal Oktober lalu.
Portal tempatan Geo News yang memetik sumber terdekat pelakon itu berkata, aktor berusia 56 tahun itu tidak menjaga berat badannya beberapa bulan lalu kerana terlalu sibuk dengan proses undang-undang dan terpaksa melupakan komitmen profesionalnya.
"Pelan diet yang tidak menentu sejak 30 hingga 40 hari lalu mengakibatkan struktur otot Shah Rukh Khan hilang. Dia mempunyai beberapa projek filem yang memerlukannya mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum ini. Jadi dia ke gimnasium semula selepas melalui detik-detik yang mencabar sejak beberapa bulan lalu.
"Filem Pathan menampilan pelakon itu sebagai avatar dan memerlukan rupa bentuk yang lebih besar," kata sumber itu di sini, pada Ahad.
Menurut sumber itu lagi, bintang popular itu kini bersedia sepenuhnya untuk kembali ke set penggambaran Pathan arahan Yash Raj.
Katanya, berbeza dengan Pathan, projek seterusnya, filem Atlee pula memerlukan Shah Rukh Khan ditampilkan sebagai karakter yang lebih lembut seperti Rajkumar Hirani.
"Jadi Shah Rukh bersedia untuk bulk-up badannya sebelum 'melompat' ke filem satu lagi (Atlee) yang memerlukannya berlakon untuk 160 hari seterusnya.
"Dia sudah bersedia untuk memulakan penggambaran," ujar sumber itu lagi.
BACA: Anak masih di penjara, Shah Rukh Khan, isteri tidak mahu sambut ulang tahun perkahwinan tanpa Aryan
BACA: Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin
BACA: Anak Shah Rukh Khan disiasat kes salah guna dadah di kapal persiaran
Aryan Khan yang ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah pada 3 Oktober lalu hanya dibebaskan selepas 25 hari.
Keluarga Shah Rukh Khan melalui detik sukar menjalani kehidupan yang sepi dan murung termasuk berehat daripada media sosial dan berjumpa sahabat handai.
Dalam pada itu portal yang sama memaklumkan, Aryan Khan yang menjadi berita utama akhbar sepanjang dua bulan lalu turut disenaraikan sebagai newsmaker 2021 yang kedua popular di India, menurut Yahoo.
Enjin carian ketika mengumumkan 2021 Year in Review semalam memberitahu, Aryan Khan, 23, menjadi antara individu popular di India yang dicari netizen.
Mendahulu senarai bagi kategori personaliti yang paling ramai dicari adalah Perdana Menteri India, Narendra Modi diikuti pemain kriket negara, Virat Kohli.
Sementara itu pemenang program realiti Big Boss 14, Sidharth Shukla merangkul tempat pertama bagi kategori selebriti lelaki paling popular diikuti Salman Khan sementara Amitabh Bachchan dan Akshay Kumar, masing-masing di tempat keenam dan ketujuh.
Agensi
Thu Dec 09 2021

Keluarga Shah Rukh Khan melalui detik sukar menjalani kehidupan yang sepi dan murung sejak dua bulan yang lalu. - Gambar fail/indianexpress.com

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.

Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."

Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.

WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India
Bintang Bollywood Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.

Rani Mukerji ‘beku’ saat penggambaran bersama Shah Rukh Khan, perlu diusung ke kereta
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005.

'Ini bukan filem My Name Is Khan' - Netizen luah pandangan isu kahwin anak Zarina Zainuddin
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas

Selebriti terkenal India ucap tahniah atas kejayaan misi Chandrayaan-3
Susulan kejayaan kapal angkasa milik India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan hari ini, sebilangan besar selebriti dari India mengucapkan tahniah.

Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak
SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Terdesak nak jumpa Shah Rukh Khan, peminat panjat banglo Raja Bollywood
Kediaman Shah Rukh Khan memang sering dikunjungi peminat untuk sekadar mengambil gambar atau 'selfie'.