JENAMA mewah antarabangsa Ralph Lauren membatalkan pertunjukan fesyen antarabangsanya yang dijadual berlangsung di New York, April ini, ekoran penyebaran wabak COVID-19.
Jurucakap syarikat itu berkata tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kami mengambil keputusan membatalkan pertunjukan musim luruh 2020 sebagai langkah berjaga-jaga serta bagi menghormati pekerja kami, rakan kongsi, dan pengguna jenama ini.
“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kesihatan mereka,” kata jurucakap itu lagi seperti dilaporkan portal berita WWD, pada Selasa.
Terdahulu, WWD melaporkan Lauren tidak menyertai Minggu Fesyen New York pada Februari dan memutuskan untuk mengadakan pertunjukan berasingan pada penghujung April.
Selain itu, Gucci pula telah membatalkan Minggu Fesyen 2021 yang sepatutnya berlangsung di San Francisco pada 18 Mei ini.
Keputusan itu diambil selepas langkah Prada untuk membatalkan pertunjukannya di Tokyo pada 21 Mei.
Beberapa pertunjukan fesyen oleh jenama antarabangsa yang lain juga telah dibatalkan seperti Mido dan Salone del Mobile di Mila, Cosmoprof di Bologna, Watches & Wonders di Geneva dan Baselworld.
Namun, jenama seperti Chanel, Dior dan Max Mara masih meneruskan aktiviti pertunjukan masing-masing.
Azyyati Ahmad
Wed Mar 04 2020
![Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19 Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583292158_ralphlauren.jpg)
Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen antarabangsa di New York, April ini, ekoran penyebaran wabak COVID-19. -Gambar fail/Reuters
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
AWANI Ringkas: bakal haji wajib suntik vaksin meningococcal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19 Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583292158_ralphlauren.jpg)
Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19
Tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dalam soal keselamatan dan kesihatan serta bagi menghormati pekerja, rakan kongsi dan pengguna.