NEW DELHI: Kerajaan India pada Khamis meluluskan pakej rancangan kecemasan baharu bernilai lebih AS$3 bilion (RM12.56 bilion) untuk menangani pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pertama Perdana Menteri Narendra Modi dengan barisan Kabinet baharu.
"Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri hari ini, meluluskan skim baharu 'Pakej Kecemasan dan Kesiapsiagaan Sistem Kesihatan India COVID-19: Fasa-II' berjumlah INR 23,123 juta untuk tempoh 2021-22.
"Skim ini bertujuan meningkatkan sistem kesiapsiagaan kesihatan agar lebih pantas bertindak terhadap langkah pencegahan awal, pengesanan dan pengurusan, serta memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur termasuk Rawatan Pediatrik," kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Daripada sejumlah AS$3 bilion yang diumumkan, lebih AS$2 bilion diperuntukkan bagi kegunaan pusat dan selebihnya disalurkan kepada negeri.
Barisan Kabinet baharu itu menyaksikan Mansukh Mandaviya mengambil alih jawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga.
Bekas Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan dan timbalannya, Ashwini Chaube meletak jawatan pada Rabu susulan rombakan kabinet itu. Kedua-duanya digugurkan dalam senarai kabinet baharu.
Pada Mac 2020, ketika gelombang pertama pandemik, kerajaan mengumumkan pakej bantuan pertama bernilai INR 15,000 juta (AS$ 2 bilion).
Sejak pertengahan Februari tahun ini, India dilanda gelombang kedua wabak yang kini kian menular ke kawasan luar bandar, bandar dan pendalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pertama Perdana Menteri Narendra Modi dengan barisan Kabinet baharu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.

Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.

Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.

Modi seru hormati undang-undang maritim antarabangsa
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Rabu menyeru agar perjanjian maritim antarabangsa - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - dihormati.

MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.

Apa signifikan lawatan Perdana Menteri ke India?
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada dari 19 hingga 21 Ogos lalu membawa hasil yang signifikan bagi Malaysia.

Lawatan PM Anwar ke India jana potensi perdagangan RM8 bilion, pelaburan RM4.5 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion.

India sokong penyertaan Malaysia dalam BRICS - PM Anwar
India menyokong penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.