JAKARTA:Belum pun reda kisah hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab yang menemu bual ‘kerusi kosong’ bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto baru-baru ini, terbaharu reaksi sebuah syarikat penerbangan di republik itu pula mencuri tumpuan ramai.
Syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda Indonesia pada Jumaat melancarkan sebuah pesawat yang lengkap ‘memakai’ pelitup muka pada bahagian muncungnya.
Pesawat jenis Airbus A330-900 Neo itu tampil dengan keunikan tersendiri apabila dilengkapi dengan pelekat yang berbentuk pelitup muka berwarna biru, dipasang pada bahagian ‘hidung’ pesawat tersebut.
Topeng muka lengkap bertali itu dilukis sehingga ke bahagian tingkap penumpang menggambarkan seolah talinya berayun-ayun ditiup angin.
Di bahagian bawah badan pesawat tersebut pula tertera mesej: “Ayo Pakai Masker” (Mari pakai pelitup muka).
Mengulas mengenai ‘uniform’ khas pesawat tersebut, Garuda Indonesia memaklumkan pelancaran Airbus A330-900 Neo adalah sebagai sebahagian sokongan syarikat penerbangan itu terhadap usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat supaya memakai pelitup muka.
"Ini selaras dengan komitmen dan kesungguhan kami untuk mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan penumpang,” kata Presiden PT Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra seperti dilaporkan portal berita antarabangsa.
Penerbangan pertama Airbus A330-900 Neo berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke ibu kota wilayah Sumatera Utara, Medan pada Jumaat lalu.
Pesawat tersebut turut dijadual membuat penerbangan ke Tokyo pada Rabu ini.
Tinjauan Statistik Indonesia baru-baru ini mendedahkan sebanyak 91.98 peratus rakyat Indonesia memakai pelitup muka; 75.38 peratus daripada mereka mencuci tangan secara kerap; sementara 73.54 peratus lagi menjaga penjarakan fizikal.
Setakat ini, lebih 11,000 kematian berkait COVID-19 dicatatkan di negara itu.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 04 2020

Penerbangan pertama Airbus A330-900 Neo berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke ibu kota wilayah Sumatera Utara, Medan pada Jumaat lalu - Gambar Twitter Garuda Indonesia

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Instagram uji butang 'Dislike' pada bahagian komen
Dengan ciri ini, pengguna boleh menandakan komen yang mereka tidak suka.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.

Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.

Seorang lelaki bakal dihadapkan ke Mahkamah Siber, kes hina Kerabat Diraja Pahang
Seorang lelaki bakal dihadapkan di Mahkamah Siber di sini, pada 3 Jan ini berhubung kes penghinaan terhadap Kerabat Diraja Pahang.

Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.

Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.