Menurut CEB, gangguan itu berpunca daripada kecemasan di pencawang grid Panadura di Wilayah Barat negara ini.
Media tempatan, yang memetik Menteri Tenaga Kumara Jayakody, melaporkan bahawa insiden itu dipercayai disebabkan oleh sekumpulan monyet yang memasuki pencawang dan menyebabkan kerosakan.
Sementara itu, Lembaga Bekalan Air dan Saliran Kebangsaan menggesa orang ramai berjimat cermat dalam penggunaan air sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.
Sri Lanka sebelum ini pernah mengalami beberapa gangguan bekalan elektrik di seluruh negara akibat masalah di pencawang.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)