Dua laporan media muncul minggu ini yang mendedahkan lebih banyak fakta berhubung dakwaan hubungan sulit Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump dan bintang filem lucah Stephanie Clifford, 38 tahun yang didakwa dibayar AS$130,000 (RM520,000) sejurus sebelum pilihan raya 2016.
Laporan pertama datangnya dari Touch Magazine, yang pada Rabu yang menyiarkan petikan wawancara bersama Stephanie pada 2011.
Wanita itu mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Trump bermula pada 2006 dan berpisah sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam satu lagi artikel oleh majalah Slate yang ditulis Ketua Editor Slate Group, Jacob Weisberg, dia memperjelaskan kenyataannya kepada The New York Times pada hari Jumaat dimana dia memperincikan perbualnanya dengan Stephanie dari Ogos sehinggalah Oktober 2016.
Ternyata, beliau menyatakan hal yang sama seperti yang tertulis di majalah In Touch, iaitu Stephanie pernah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Trump.
Stephanie dikatakan memberitahu Jacob, peguamnya Keith Davidson yang mewakili sebahagian bintang dan model filem lucah, telah merundingkan perjanjian berjumlah AS$130,000 dengan Michael D. Cohen, iaitu peguam Trump.
Stephanie berkata bahawa dia berkongsi butiran ini kerana Trump masih belum membayarnya atau memuktamadkan perjanjian kerahsiaan hubungan mereka.
Manakala, Wall Street Journal pada Jumaat pula menerbitkan satu artikel mendakwa bahawa pembayaran terbabit telah dibuat.
Cohen bagaimanapun sekali lagi menafikan sebarang hubungan seksual di antara Trump dan Stephanie.
Dalam satu kenyataan yang di emel pada hari Rabu, Cohen berkata, “Ini bukan perkara baru. Ini cerita lama dan sama sekali tidak benar duhulu mahupun sekarang.
"Apa dilakukan adalah mengitar semula kisah lama dan membuat cerita palsu yang juga telah dinafikan Stephanie pada 2011, 2016 dan sekali lagi 2018,” katanya.
Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah “sekeras-kerasnya” menafikan hubungan tersebut.
Pada Jumaat, Cohen juga mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 10 Januari yang ditandatangani oleh Stephanie yang mana menyatakan hubungan beliau dengan Trump hanya terbatas dalam beberapa pertemuan secara umum, manakala isu Trump tidak membuat bayaran dan tuduhan hubungan seksual berikut adalah tidak benar sama sekali.”
Walau bagaimanapun, Stephanie tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjur, lapor The York Times lagi.
Agensi
Fri Jan 19 2018

Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah -sekeras-kerasnya- menafikan hubungan tersebut.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Semakin panas, media AS terus bongkar dakwaan hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah
Dua laporan media muncul minggu ini yang mendedahkan lebih banyak fakta berhubung dakwaan hubungan sulit Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump dan bintang filem lucah Stephanie Clifford, 38 tahun.