'Syukur dan terima kasih', itulah antara perkataan yang diucapkan oleh mangsa tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, apabila sukarelawan Malaysia datang memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka.
Ketika mereka dalam kesulitan mendapatkan sembako (barangan keperluan asas), apabila ditimpa bencana itu, ramai sukarelawan tidak putus-putus memberi bantuan kepada mereka.
Sembako merupakan bahasa tempatan yang merujuk kepada barangan seperti beras, gula, minyak masak, susu, daging dan telur ayam.
Setiap kali kereta atau van yang datang membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Sumur mahupun Taman Jaya 2, kelihatan anak-anak kecil berlari-lari mengejar kenderaan untuk mendapatkan bantuan.
Ketibaan kami disambut dalam keadaan mereka yang sungguh menyedihkan - wajah yang comot, baju compang-camping dan selekeh.
Tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata kerana keadaan mereka ini terlalu daif, sehinggakan wartawan Bernama yang membuat liputan di sini, selama enam hari turut berlinangan air mata dan merasai penderitaan mereka.
Seorang daripada ribuan mangsa tsunami, Endang, 45, berkata dia amat terharu apabila sukarelawan Malaysia daripada Global Peace Mission (GPM) datang memberi bantuan sembako di sini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka (sukarelawan GPM) kerana memberi sembako dan kelengkapan baju sekolah kepada anak saya.
"Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian untuk apa (bantuan) yang diberikan kepada kami," katanya yang mempunyai dua anak lelaki berumur tujuh dan sembilan tahun itu.
BACA: Tsunami melanda Pantai Barat Anyer
BACA: 5 perkara tentang tsunami pantai Anyer
Endang berkata dengan sembako dan kelengkapan sekolah yang diterimanya membolehkan kedua-dua anaknya kembali bersekolah dan amat menceriakan mereka.
Rumah Endang antara yang dihanyutkan dalam ombak deras tsunami yang jaraknya hanya 30 meter dari pinggiran pantai Sumur.
Seorang lagi mangsa yang merupakan nelayan, Dimitri berkata dia hanya mampu mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas bantuan yang diberi.
"Terima kasih pada sukarelawan Malaysia atas bantuan yang diberi. Segala kelengkapan persekolahan anak saya telah hilang dihanyutkan tsunami.
"Ketiga-tiga anak saya menangis dan teruja apabila menerima kelengkapan persekolahan ini. Mereka kembali bersemangat untuk ke sekolah," kata bapa kepada tiga anak perempuan berumur lapan, sembilan dan 11 tahun.
Rumah Dimitri di Taman Jaya 2, antara ribuan yang musnah dan hanya tinggal tiang rumah ketika badai tsunami menghempaskan ombaknya.
BACA: Tsunami Selat Sunda: Sistem amaran baru 'dibina tahun depan'
BACA: Rakyat Malaysia kongsi detik cemas tsunami Selat Sunda
Sabtu lepas, pasukan sukarelawan GPM membeli sembako dan kelengkapan persekolahan di Pasar Rau, di sini.
Ketua Misi GPM Malaysia Shahrir Azfar Saleh berkata kesemua bantuan persekolahan diberi kepada 108 murid sekolah rendah dan pihaknya turut membeli 60 helai set solat ekspres telekung wanita serta 120 pakaian dalam wanita.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui talian www.billplz.com/peduliselatsunda atau deposit ke Bank Global Peace Mission di akaun Maybank Islamic (5642-2161-1602); Bank Islam (1402-30100-29224); dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871).
Lima orang terdiri daripada dua wakil GPM, wartawan Bernama Muhammad Afiq Mohd Asri, wartawan Bernama News Channel Siti Zanariah Nor Zin serta jurukamera Mohammad Hafiz Ahmad Kamal turut serta dalam misi kali ini.
BACA: Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami
BACA: 'Sebenarnya Allah mengirimkan tiga penyelamat' - Ifan Seventeen
Tsunami, yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, berlaku ekoran pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau yang diikuti gombang air pasang serta gelombang kuat.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan sehingga kini lebih 400 orang maut manakala 30,000 hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
Keadaan sekeliling yang menunjukkan sisa timbunan sampah dan robohan rumah terkumpul akibat dilanda Tsunami Selat Sunda di Taman Jaya 2, di Banten, 9 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
'Sembako' bawa makna besar kepada mangsa tsunami
Ketika mereka dalam kesulitan mendapatkan sembako (barangan keperluan asas), apabila ditimpa bencana itu, ramai sukarelawan tidak putus-putus memberi bantuan kepada mereka.
Tsunami Selat Sunda sudah diramal sejak 2012 - Pakar
Kejadian tsunami di Selat Sunda yang berlaku Sabtu lalu sebenarnya sudah diramal sejak 2012 oleh sekumpulan saintis Perancis dan Indonesia.
'Dulu saya marah dia muat naik gambar ini, tapi sekarang...' - Ifan Seventeen
Ifan mengimbau kenangan, bagaimana isterinya itu cukup gemar mengambil banyak gambar walaupun dengan gaya dan lokasi yang sama.
Selepas tsunami, pengikut akaun IG Seventeen naik mendadak
Biarpun sudah mencipta nama sejak tahun 1999, tetapi harus diakui band dari Indonesia ini tidak begitu menyerlah, terutama sekali di Malaysia.
Tsunami Selat Sunda: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Kementerian Luar Negeri
Leftenan Kolonel Rosmal Abdul Malek berkata setakat jam 10:15 pagi, tiada laporan yang diterima mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam bencana alam tersebut.
Tsunami Selat Sunda: Semoga yang ditinggalkan diberi kesabaran - Jokowi
Joko Widodo meluahkan dukacita terhadap mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami yang terjadi pada Sabtu malam di Anyer, Banten.
Ini 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai Pantai Anyer
Apa yang boleh ketahui mengenai Pantai Anyer ini? Ini 5 fakta mengenai Pantai Anyer.
Tsunami Selat Sunda: Angka korban terus meningkat, cecah 62 orang
Data yang diperoleh setakat 23 Disember 10 pagi ini, jumlah korban yang meninggal 62 orang meninggal dunia, yang tercedera adalah 584 orang dan 20 hilang.
Tiada amaran awal kerana tiada alat pengesan tsunami berpunca gunung berapi
Alat amaran awal tsunami milik BMKG adalah untuk mengesan tsunami berpunca dari pergerakan plat tektonik dan bukannya akibat gunung berapi.
Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami
Band itu dilaporkan membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten, ketika kejadian berlaku.