ANKARA: Konflik Israel-Palestin sejak 7 Oktober lepas berterusan dengan lima kanak-kanak maut setiap jam di Semenanjung Gaza.
Separuh daripada penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang terdiri daripada kanak-kanak manakala jumlah belia yang terbunuh dalam tiga minggu pertama konflik telah melebihi purata global kanak-kanak yang maut dalam tempoh tiga tahun lalu, lapor Agensi Anadolu.
Lebih 40 peratus daripada 7,028 rakyat Palestin yang maut dalam konflik sejak 7 Oktober lalu adalah kanak-kanak, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Organisasi yang berpangkalan di United Kingdom, Save The Children pula berkata lebih 3,000 kanak-kanak terbunuh di Palestin dalam tempoh tiga minggu, memetik data daripada pegawai kesihatan di Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata Israel membunuh seramai 9,061 penduduk Palestin dalam serangan, termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala sekurang-kurangnya 32,000 orang cedera.
Save The Children berkata jumlah kanak-kanak yang maut di Palestin dalam tempoh tiga minggu lepas melebihi jumlah kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik di seluruh dunia dari 2020 - 2022.
Dalam laporan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Konflik Bersenjata dan Kanak-kanak, dinyatakan seramai 2,985 kanak-kanak meninggal dunia di 24 negara dalam konflik pada 2022; 2,515 terbunuh pada 2021 dan 2,674 pada 2020.
Laporan untuk 2019 tidak memberikan maklumat mengenai jumlah negara tetapi mengatakan seramai 4,019 kanak-kanak terbunuh dalam konflik di seluruh dunia.
Kementerian Kesihatan Palestin yang menerbitkan laporan setebal 212 muka surat mengenai kematian di Gaza akibat serangan Israel antara 7 Oktober dan 26 Oktober mendapati 2,913 daripada 7,028 yang terbunuh adalah kanak-kanak.
Daripada jumlah itu, 133 bayi di bawah umur setahun manakala 444 lagi bayi di bawah umur tiga tahun turut terbunuh.
Selain itu, 171 kanak-kanak berusia tiga tahun, 1,527 kanak-kanak peringkat sekolah rendah (4 - 13 tahun), dan 523 kanak-kanak peringkat sekolah menengah (14 - 17 tahun) juga maut.
Sementara itu, WHO mengumumkan sebahagian besar daripada 18,482 penduduk yang cedera di Palestin sejak 7 Oktober lepas adalah kanak-kanak.Menurut UNICEF, Gaza kini menjadi kubur bagi kanak-kanak.
Jurucakap UNICEF James Elder menyatakan kebimbangan mengenai kematian kanak-kanak di Gaza akibat serangan berterusan Israel.
Beliau menegaskan kanak-kanak terjejas teruk akibat konflik itu.
Elder mengulangi desakan UNICEF untuk gencatan senjata segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa gangguan ke Gaza.
"Kanak-kanak di Gaza bukan sahaja meninggal dunia kerana pengeboman, tetapi mereka juga maut kerana kekurangan rawatan perubatan yang mereka perlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata Israel membunuh seramai 9,061 penduduk Palestin dalam serangan, termasuk 3,760 kanak-kanak - Foto/fail AP
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan
Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan.

Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.

Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.