BANGKOK: Semua pihak mahukan pendamaian di selatan Thailand dan aura pendamaian boleh dirasai di mana-mana.
Ini adalah kesimpulan yang dibuat Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin selepas lawatan kerja selama empat hari ke Selatan Thailand.
Zulkifli berkata lawatan kerjanya kali ini membawa mandat besar daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendengar, membina pemahaman, menawarkan pandangan, dan memudahcara dalam apa juga medium perundingan, bagi memacu usaha mencapai konsensus di antara kesemua pihak terlibat.
"Secara keseluruhannya, program lawatan kerja saya telah berjaya. Apa yang yang boleh saya boleh simpulkan, semua pihak mahukan pendamaian. Aura pendamaian dapat saya rasai di mana-mana.
"Semoga lawatan kerja saya ini selaku Ketua Fasilitator akan mewujudkan kerjasama erat untuk menjayakan rundingan damai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sebanyak 33 program telah diadakan sepanjang lawatan ke tiga wilayah di selatan Thailand - Pattani, Yala dan Narathiwat yang berakhir hari ini.
Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihal termasuk pihak akademia, badan bukan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani, Majlis Agama dan wakil penganut agama Buddha.
"Saya telah mendengar, memahami dan membina keyakinan bahawa suara mereka akan didengar dan dibawa ke meja rundingan," katanya sambil menambah bahawa ia adalah satu platform di mana semua pihak boleh terlibat dalam proses dialog damai Selatan Thailand.
Sepanjang lawatan kerja kali ini, Zulkifli berkata beliau telah menyampaikan satu mesej "kedamaian adalah milik semua".
"Malaysia sentiasa komited dalam memudah cara Kerajaan Thailand dan komuniti Patani untuk menyelesaikan konflik dengan adil, komprehensif dan berkekalan," katanya.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Zulkifli selepas dilantik sebagai fasilitator baharu Malaysia untuk proses dialog damai di selatan Thailand berkuatkuasa 1 Januari 2023. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sambutan yang saya terima semasa lawatan kerja saya sememangnya di luar jangkaan. Insya-Allah jika diberi peluang, saya akan hadir dan kembali ke Wilayah Selatan Thailand ini untuk bertemu dengan lebih ramai pihak lagi," katanya.
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10. Proses itu bermula apabila Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand pada ketika itu meminta Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Thailand.
Berikutan itu, satu Konsensus Am di antara Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Basional (BRN) termeterai pada 28 Februari 2013.
Sementara itu, Zulkifli berkata Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Perdamaian (JCPP) sebagai pelan hala tuju untuk 2023-2024, merupakan kunci perdamaian di selatan Thailand.
Beliau berkata JCPP yang dipersetujui baru-baru ini dalam Mesyuarat Rasmi ke-6 Proses Dialog Damai di Kuala Lumpur telah membawa sinar harapan untuk menyelesaikan konflik wilayah itu.
Sehubungan itu, beliau berharap tiga perkara substantif iaitu pengurangan keganasan, konsultasi awam dan penyelesaian politik yang dipersetujui sebelum ini akan dapat dilaksanakan.
"Jika mesyuarat teknikal berjalan dengan lancar, konsultasi awam boleh bermula pada tahun depan. Namun, kesemua ini tertakluk kepada keputusan dan mesyuarat akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kanan) bersalaman dengan Iman Ramee Ahmad (tengah) di Masjid Wadil Al Hussein hari ini. - Bernama
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Semua pihak mahukan pendamaian di selatan Thailand - Ketua Fasilitator
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.