BEIJING: Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu mendesak agar semua pihak untuk menyokong rundingan dialog antara Rusia dan Ukraine.
Menurut beliau, China berpendirian bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara perlu dihormati, Piagam PBB dipatuhi, serta keprihatinan keselamatan yang rasional dari setiap negara perlu diambil berat, selain menyokong sebarang usaha demi penyelesaian krisis.
"China menyokong sebarang inisiatif dan langkah yang boleh meredakan krisis kemanusiaan Ukraine, menyeru pihak terlibat menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menjalankan tindakan substantif untuk melindungi keselamatan rakyat jelata, menjamin hak dan kepentingan asas golongan wanita serta kanak-kanak," kata Chen.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat khas isu Ukraine anjuran Majlis Hak Asasi Manusia PBB, pada Khamis.
China turut mengemukakan tiga inisiatif berhubung situasi kemanusiaan Ukraine selain turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada negara itu.
"Konsep keselamatan yang bersatu padu, komprehensif, kerjasama dan mampan perlu dikekalkan untuk membina rangka keselamatan global dan rantau yang seimbang, berkesan serta mampan," kata Chen.
Beliau juga menyeru pelbagai pihak untuk terus memegang multilateralisme bagi mendorong pembangunan usaha hak asasi manusia antarabangsa yang sihat dengan mengingati tujuan sebenar pembentukan Majlis Keselamatan Hak Asasi Manusia PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu mendesak agar semua pihak untuk menyokong rundingan dialog antara Rusia dan Ukraine. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 30 negara gesa agihan vaksin secara adil - Wakil tetap China ke PBB
Chen Xu berkata, penularan wabak dan keadaan virus yang bermutasi sedang mengancam nyawa rakyat terutamanya di negara membangun.

China gesa agihan vaksin secara adil
Penularan wabak COVID-19 masih berlaku di seluruh dunia dan turut memberi tempias kepada pembangunan sosiekonomi di negara membangun.