BANGKOK:Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata semua undang-undang akan digunakan terhadap penunjuk perasaan yang melanggar undang-undang ketika ketegangan politik terus meningkat di negara itu.
Pengumuman itu dibuat dua hari selepas tunjuk perasaan antikerajaan di sini menjadi ganas sehingga menyebabkan 55 orang cedera, termasuk enam yang mengalami kecederaan akibat terkena tembakan semasa berkumpul di luar Parlimen.
Ketika ribuan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di sekitar bandar raya ini mendesak perubahan politik, Prayuth yang juga Menteri Pertahanan berkata tiada tanda-tanda menunjukkan ketegangan itu semakin berkurangan.
Beliau berkata kerajaan dan semua pihak yang berkaitan telah berusaha mencari jalan penyelesaian secara aman dengan penunjuk perasaan berdasarkan kerangka perundangan yang ada dan sistem yang diamalkan oleh kerajaan demokratik.
"Ketika ini, ketegangan masih tinggi dan berpotensi berkembang menjadi konflik, yang mungkin boleh menyebabkan timbul keganasan. Keadaan ini akan merosakkan institusi kerajaan yang dihormati dan juga membahayakan keselamatan rakyat.
"Kerajaan akan meningkatkan semua tindakan dan menggunakan semua undang-undang sedia ada terhadap penunjuk perasaan yang melanggar undang-undang atau melanggar hak dan kebebasan warga lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan undang-undang yang akan diambil adalah mengikut sistem perundangan negara itu.
Tunjuk perasaan di luar Parlimen pada Selasa bertukar ganas apabila polis rusuhan menembak meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.
Prayuth berkata pasukan keselamatan telah melakukan tindakan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang ramai.
"Semua langkah diambil dengan berhati-hati dan sesuai dengan standard antarabangsa yang bertujuan menjaga kesejahteraan di samping berkompromi, demi kepentingan terbaik bagi negara dan rakyat Thailand," katanya.
Sejak pertengahan Julai, para penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Bangkok dan bandar lain, mengulangi tuntutan mereka untuk perubahan politik, termasuk pengunduran Perdana Menteri, pembubaran Parlimen, meminda Perlembagaan dan reformasi terhadap sistem monarki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Prayuth Chan o-cha berkata semua undang-undang akan digunakan terhadap penunjuk perasaan yang melanggar undang-undang ketika ketegangan politik terus meningkat di negara itu. Foto: AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.