COPENHANGEN: Seorang artis Denmark yang diberikan dana berjumlah 534,000 Kroner (RM486,370) dalam bentuk wang tunai untuk menghasilkan karya seni telah menghilangkan diri selepas memulangkan kanvas kosong dengan tajuk Take the Money and Run (Ambil Wang Dan Lari).
Jens Haaning telah diberi komisen daripada Muzium Kunsten di bandar Aalborg untuk menghasilkan semula dua buah karyanya sebelum ini menggunakan dana itu, yang diberi dalam matawang Kroner dan Euro – bagi melambangkan gaji tahunan di Denmark dan Austria.
Bagaimanapun, pengarah muzium, Lasse Andersson memberitahu: “Dua hari sebelum pembukaan pameran, kami menerima e-mel daripada Haaning yang menyatakan bahawa dia tidak dapat menunjukkan hasil karyanya seperti yang dipersetujui.”
Seniman itu sebaliknya, hanya menghantar dua kanvas kosong bagi menunjukkan ‘karya seni’ yang dihasilkannya.
Andersson berkata, dia hanya ketawa dan mengambil keputusan untuk mempamerkan juga ‘karya’ itu di pameran seni moden muzium berkenaan pada 24 September lalu.
Jelasnya, dua kanvas kosong itu adalah satu ‘pendekatan humor’ dan merupakan ‘refleksi tentang cara kita menilai kerja’.
Haaning, 56, mempertahankan tindakannya menyimpan wang tunai itu, dengan berkata ‘karya seni berkenaan adalah perlambangan sebenar tentang situasi semasa para seniman’.
Sementara pengarah muzium dapat melihat sisi kelakar dalam insiden itu, dia menambah bahawa semua itu akan berakhir sejurus pameran selesai berlangsung.
“Jika wang itu tidak dikembalikan pada 16 Januari seperti yang dipersetujui, kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi emmastikan Jens Haaning mematuhi kontrak,” kata Andersson kepada AFP.
Bagi karya asal yang sebelum ini pernah dihasilkan, Haaning telah menerima 10,000 Kroner, dan bonus daripada pameran.
Agensi
Thu Sep 30 2021

Seorang pengunjung 'menghayati' karya seni Haaning yang berjudul ' Take The Money and Run' yang dipamerkan di Muzium Kunsten di Alborg, Denmark. - Reuters

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Lan Zailan pelakon sangat berbakat - Seniman
Seniman menyifatkan industri kreatif kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat buat tanah air.

Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab sebagai tokoh legenda industri muzik yang berpengalaman luas di peringkat tempatan dan serantau.

Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.

Seniman gesa Sarah Yasmine berhenti keruhkan keadaan
Seniman menggesa mana-mana pihak terpalit dalam isu ini tampil membuat laporan polis dan SKMM bagi membantu siasatan ketika ini.

Seniman buat laporan polis filem 'Mentega Terbang'
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengesa pihak polis untuk menyiasat kandungan filem 'Mentega Terbang' yang didakwa mempunyai kandungan berunsur hasutan.

Seniman sangkal kenyataan Fizz Fairuz hanya 82 orang ahli berdaftar dengan PERKESO
Persatuan Seniman Malaysia menyangkal kenyataan pelakon Datuk Fizz Fairuz bahawa mereka tidak berbuat apa-apa bagi membantu ahlinya yang menghadapi kemalangan ketika bekerja.

Pematuhan SOP: Seniman yakin penggiat seni akan patuh ketetapan pihak berkuasa
Tindakan itu membuktikan kerajaan mengambil maklum rintihan golongan tersebut yang telah lama terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman
Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.

MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.

Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia
Pelakon veteran tanah air, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam tadi di kediamannya di UK Perdana.