BOGOR: Banjir besar yang berlaku kerana hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah dan beberapa kawasan lain di Bogor, Jawa Barat.

Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Barat melaporkan seorang penduduk dipercayai masih hilang dan ratusan rumah ditenggelami air.

Antara kawasan terjejas ialah Rumpin, Bojong Gede dan Cisarua. Beberapa kawasan lain termasuk
di Kampung Sukasari, Rumpin, sebuah rumah dan sebuah sekolah turut dinaiki air manakala di Kampung Rawapanjang, sebanyak 137 rumah terjejas dan menyebabkan seramai 547 penduduk terpaksa dipindahkan.


Sementara itu, di Kampung Tugu Selatan, 119 rumah ditenggelami air dan memaksa seramai 423 penduduk untuk meninggalkan kediaman mereka.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, seorang lelaki dikenali sebagai Asep Mulyana, 59, dihanyutkan arus selepas Sungai Cisaru melimpah, menyebabkan kawasan itu ditenggelami air sehingga paras lutut.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan petang Isnin dengan pasukan BPBD, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan dikerah untuk ke lokasi kejadian.