FLORIDA: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pasar raya di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Kejadian berlaku di pasar raya Walmart kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di selatan Florida kira-kira 40 kilometer dari barat daya Miami.
Susulan insiden, pasukan penyelamat digerakkan ke tempat kejadian dan menghantar tiga mangsa ke hospital.
Menurut polis, seorang mangsa cedera selepas terkena tembakan di kaki manakala seorang lagi di bahagian perut.
Mangsa maut dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Seorang lagi mangsa cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.
Menurut laporan portal berita Fox News, seorang mangsa dipercayai merupakan pekerja di pasar raya tersebut dan punca kejadian adalah disebabkan selisih faham
"Berlaku pertengkaran antara dua kumpulan individu di mana salah seorang mengeluarkan senjata dan menembak mangsa.
"Seorang suspek telah ditahan namun empat lagi individu yang terlibat dalam insiden tersebut telah melarikan diri," kata pegawai Jabatan Polis Miami-Dade dalam satu sidang akhbar susulan kejadian.
Bagaimanapun pihak berkuasa tidak mendedahkan maklumat lanjut dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Agensi
Thu Jul 20 2023

Susulan insiden, pasukan penyelamat digerakkan ke tempat kejadian dan menghantar tiga mangsa ke hospital. - Foto Twitter/@ShawnVick__

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

"Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut
BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama-AA) - "Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS
Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."

Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.

Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Dua terbunuh selepas jet latihan tentera terhempas - PM Bulgaria
Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat.

Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.

Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.