Letupan itu berlaku pada 11.15 pagi di sebuah loji di Ulsan, kira-kira 310 kilometer tenggara Seoul, menurut pihak bomba.
Kedua-dua mangsa merupakan pekerja yang membuka tangki untuk memeriksa tahap bahan kimia ketika letupan berlaku.
Seorang pekerja berusia 30-an tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital. Mangsa menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada sebelah petang.
Seorang lagi pekerja mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan stabil dan tidak mengancam nyawa.
Kebakaran berjaya dipadamkan selepas kira-kira tiga jam dengan lebih 230 anggota bomba serta 44 peralatan, termasuk jentera bomba, dikerahkan dalam operasi pemadaman.
Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan bagi menggerakkan semua sumber yang ada untuk memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)