SYDNEY: Biro Meteorologi Australia (BOM) pada Isnin mengesahkan September ini menjadi bulan paling kering di Australia sejak pemantauan dimulakan pada tahun 1900.
Dengan purata hujan kebangsaan 4.83 mm, September menyaksikan anomali positif berterusan tekanan paras laut purata, yang membawa keadaan bebas awan ke kebanyakan negara.
Menurut ringkasan iklim kebangsaan yang baru dikeluarkan oleh BOM, untuk Australia secara keseluruhan, hujan adalah 70.8 peratus di bawah purata 1961-1990 untuk September, lapor Xinhua.
Walaupun sebahagian besar daripada dua pertiga selatan Australia melaporkan hujan di bawah purata, hanya kawasan kecil di negara itu menerima hujan melebihi purata untuk bulan tersebut, seperti bahagian timur Semenanjung Cape York di Queensland dan sudut timur laut jauh Top End di Northern Territory.
Selain itu, purata suhu kebangsaan ialah 2.43 darjah Celsius di atas purata untuk September, menjadikan bulan lalu sebagai rekod paling panas ketiga sejak 1910.
Biro cuaca menekankan bahawa ini adalah September paling panas dalam rekod Australia Barat (WA), dan September yang kedua paling panas dalam rekod untuk New South Wales, Victoria, dan Australia Selatan.
Data daripada BOM juga menunjukkan pada 28 Sept, suhu mencecah 42.8 darjah Celsius di Mandora di utara WA.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Menurut ringkasan iklim kebangsaan yang baru dikeluarkan oleh BOM, untuk Australia secara keseluruhan, hujan adalah 70.8 peratus di bawah purata 1961-1990 untuk September. - Gambar screengrab Reuters
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
September bulan paling kering di Australia sejak 1900
Biro Meteorologi Australia (BOM) pada Isnin mengesahkan September ini menjadi bulan paling kering di Australia sejak pemantauan dimulakan pada tahun 1900.