ISTANBUL: Serangan tentera Israel telah membunuh 11,000 kanak-kanak dan 7,500 wanita di Semenanjung Gaza dalam tempoh 108 hari yang lalu, kata Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Isnin.
Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata di wilayah terkepung itu, seramai 7,000 orang -- 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak -- masih tertimbus di bawah runtuhan atau hilang dalam serangan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bilangan mayat yang sampai di hospital telah melebihi 25,900 manakala 63,000 penduduk Palestin cedera sejak konflik bermula 7 Okt lepas.
Kira-kira 70,000 rumah telah musnah dalam serangan Israel dan 290,000 lagi rumah tidak dapat didiami.
Mengenai serangan Israel ke atas sektor penjagaan kesihatan, Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata 337 pekerja penjagaan kesihatan dan 45 pegawai pertahanan awam telah terbunuh setakat ini.
Dalam tempoh sama seramai 119 wartawan turut terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.
Selain itu, tentera Israel menahan 99 pekerja penjagaan kesihatan dan 10 wartawan manakala dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.
Merujuk keadaan tidak berperikemanusiaan di pusat perlindungan penuh sesak di Gaza, Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata sebanyak 400,000 kes penyakit berjangkit dan lebih 8,000 kes Hepatitis A telah dikesan akibat pempindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa oleh Israel.
Kira-kira 60,000 wanita hamil di Gaza juga berdepan risiko kritikal kerana ketidakupayaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan manakala 350,000 individu yang menghidap penyakit kronik berdepan risiko kritikal kerana kekurangan ubat-ubatan.
Sejak konflik bermula tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 140 kemudahan kerajaan serta 99 sekolah dan universiti manakala 295 sekolah dan universiti rosak sebahagiannya.
Tentera Israel turut merosakkan sebanyak 253 masjid dan menyebabkan kemusnahan tiga gereja.
Israel menyerang 150 institusi penjagaan kesihatan di Gaza menjadikan 53 pusat kesihatan dan 30 hospital tidak lagi berfungsi dan menyebabkan 122 ambulans tidak dapat digunakan.
Israel juga menyerang warisan budaya Palestin, memusnahkan 200 aset sejarah dan budaya di Gaza.
Pejabat Media Kerajaan Gaza turut mengecam tindakan Israel menggunakan lebih 65,000 tan bahan letupan di wilayah itu sejak 7 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Bilangan mayat yang sampai di hospital telah melebihi 25,900 manakala 63,000 penduduk Palestin cedera sejak konflik bermula 7 Okt lepas. - Gambar/ AP

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.

Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis
Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.

Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza
Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).