SERANGAN besar-besaran tentera Israel ke atas bandar Jenin di Tebing Barat sejak Isnin lalu telah menambah lagi perit buat penduduk Palestin.
Serangan yang sehingga kini dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin itu turut meninggalkan kesan hitam buat penduduk.
Salah seorang penduduk di Jenin, Mutasem Estatia, 40 tahun, berkongsi detik-detik berdepan serangan tentera Israel.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran tentera yang disifatkan ramai.
Ujarnya, pasukan tentera berkenaan didakwa menceroboh rumah penduduk, menghalau orang ramai dari rumah serta mengajukan senjata.
"Mereka menangkap ramai pemuda, dan menggunakan kami sebagai 'perisai manusia' di hadapan mereka.
"Kedengaran bunyi tembakan yang kuat, tepat di atas kepala kami semasa kami berjalan bersama mereka (tentera Israel). Ia adalah (suasana) tegang. Saya diiringi kira-kira 30 askar dan mereka semua menembak ke arah kem, dan ia (perbuatan) gila.
"Kami tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana," katanya memetik laporan AP.
Mutasem menambah, mereka dibawa oleh tentera Israel ke Jalameh, dan kawasan kejiranan yang tiada penduduk.
"Anda dapat rasai mereka benar-benar mahu mencapai sesuatu dalam masa dua hari, seperti mereka tergesa-gesa sebelum 'sesuatu' berlaku.
"(Tetapi) Mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, alhamdulillah," kongsinya lagi.
Media antarabangsa melaporkan tentera Israel telah mula undur diri dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan.
Menurut tentera Israel, pasukan pertama telah meninggalkan bandar itu pada lewat petang semalam.
Agensi
Wed Jul 05 2023
Mutasem berkata penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran tentera yang disifatkan ramai. - Foto/Tangkap layar video REUTERS
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
UNSC adakan sidang tergempar berhubung serangan Israel ke atas hospital di Gaza
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Jan 2025.
Seorang lagi wartawan Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza - Pejabat Media
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Jumaat, memetik kenyataan Pejabat Media kerajaan Gaza.
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia
Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza.
Keadaan kelangsungan hidup 75,000 penduduk Gaza semakin meruncing - UNRWA
UNRWA menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza.
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trak pertahanan awam sumbangan rakyat Malaysia musnah diserang Israel - GPM
GPM Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap aset kemanusiaan yang didedikasikan untuk membantu orang awam.