BANDARAYA GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 14,532 orang.
Ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu.
Angka kematian dalam kalangan kakitangan perubatan mencecah 205 orang, termasuk doktor, jururawat dan paramedik, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Sebanyak 25 anggota pasukan pertahanan awam dan 64 wartawan juga antara yang terbunuh.
Pejabat itu berkata jumlah kecederaan pula mencecah lebih 35,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada bilangan berkenaan merupakan kanak-kanak dan wanita.
Menurut pejabat itu, sekurang-kurangnya 7,000 orang dilaporkan hilang di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, sama ada tertimbus di bawah runtuhan, jenazah mereka terbaring di jalan atau nasib mereka tidak diketahui.
Kemusnahan infrastruktur dan hartanah
Jumlah bangunan kerajaan yang musnah mencecah 102 selain 266 sekolah dengan 67 daripadanya tidak lagi beroperasi.
Sebanyak 85 masjid musnah sepenuhnya manakala 174 lagi mengalami kerosakan. Tiga gereja juga menjadi sasaran serangan.
Selain itu, sebanyak 45,000 rumah musnah sepenuhnya manakala 233,000 lagi kediaman rosak sebahagiannya.
Sekurang-kurangnya 26 hospital dan 55 pusat kesihatan juga tidak beroperasi.
Tentera penceroboh juga menyasarkan 56 ambulans dengan banyak kenderaan itu tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api.
Pasar dan kedai komersial juga mengalami kekurangan barangan keperluan dan pelbagai barangan makanan manakala kedai roti menutup sepenuhnya operasi mereka.
Hampir 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel dengan hampir 770,000 orang mencari perlindungan di 99 kem UNRWA, menurut timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq.
Pembukaan lintasan Kerem Shalom
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom di Israel dan bantuan kemanusiaan malah kemasukan barangan komersial ke Gaza juga perlu diteruskan.
"Pada masa ini, kami terus menggunakan lintasan Rafah.
"Keupayaan lintasan Rafah untuk mengendalikan jumlah bantuan yang kami perlukan adalah terhad. Jadi itulah sebabnya kami terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom," kata Haq kepada wartawan.
Beliau berkata PBB dan rakan kemanusiaannya bersedia untuk memanfaatkan peluang jeda kemanusiaan untuk meningkatkan operasi kemanusiaan.
"Penduduk Gaza tidak boleh bergantung kepada bantuan kemanusiaan semata-mata.
"Penghantaran barangan komersial perlu diteruskan semula, terutamanya melalui lintasan Kerem Shalom, yang mempunyai kapasiti untuk itu," katanya.
Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada minggu lalu berkata, lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak yang menuju ke Gaza sebelum konflik.
Beliau berkata antara 21 Okt dan 21 Nov, sekurang-kurangnya 1,399 trak membawa bekalan kemanusiaan tidak termasuk bahan api telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.
Jumlah itu agak rendah berbanding purata bulanan hampir 10,000 trak komoditi komersial dan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza sebelum 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Tentera penceroboh juga menyasarkan 56 ambulans dengan banyak kenderaan itu tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api. - Gambar/ Reuters
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit genjatan senjata dilaksanakan
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pagi Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.