BAITULMUQADDIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di wilayah Palestin yang diduduki mengakibatkan kematian 509 penduduk Palestin, termasuk pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan, selain mencederakan 447 yang lain.
Israel telah melakukan 229 serangan ke atas hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik Sistem Pengawasan mengenai Serangan terhadap Penjagaan Kesihatan (SSA) WHO.
WHO menggesa supaya "orang awam dan tempat-tempat penjagaan kesihatan dilindungi secara aktif," katanya dalam hantaran di X.
Terdapat 34 hospital di Gaza, dengan kira-kira 13 daripadanya mempunyai kapasiti 2,000 katil dan diurus secara langsung oleh Kementerian Kesihatan.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada lebih 70 peratus penduduk di wilayah yang terkepung.
Beberapa kemudahan penjagaan kesihatan juga diurus oleh agensi atau organisasi kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.
Selain banyak poliklinik dan pusat perubatan di bawah Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, pertubuhan amal juga menyediakan perkhidmatan perubatan penting di kawasan kediaman.
Banyak hospital di utara Gaza telah dikosongkan. Beberapa hospital terpaksa menghentikan operasi mereka kerana kerosakan akibat pengeboman Israel atau kekurangan bahan api.
Pada 5 Nov, sekumpulan doktor Israel mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Hospital Shifa di Semenanjung Gaza yang dikepung, merupakan pangkalan "kumpulan bersenjata Palestin" dan menggesa pengebomannya.
Sebelum ini, kenyataan yang ditandatangani oleh 47 orang rabbi juga menyokong pengeboman Hospital Shifa berdasarkan dakwaan yang sama.
Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, 16 hospital telah menghentikan operasi mereka sepenuhnya manakala 18 hospital lagi hanya beroperasi sebahagian.
Hospital yang tidak lagi beroperasi termasuk Turkish Friendship Hospital (satu-satunya hospital yang merawat pesakit kanser di Gaza), Beit Hanoun Hospital, Hospital Al-Wafa untuk Pembedahan dan Pemulihan Perubatan Khusus, Hospital Bantuan Awam, Hospital Amal Rakan Pesakit, Al- Karama, Hospital Haifa, Hospital Mata Antarabangsa, Hospital Psikiatri, Hospital Kanak-kanak al-Durrah, Hospital Pemulihan dan Prostetik Hamad, Hospital Amal Dar al-Salaam, Hospital Al-Yemen al-Saeed, Hospital Mata Saint John, Hospital Pakar Al-Hayat dan Hospital Perubatan Khusus Yafa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Hospital Al Ahli antara yang terjejas teruk dan merekodkan kira-kira 500 kematian akibat serangan bom. - Gambar fail/ Reuters
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.