Penjenayah siber kini lebih agresif menyebarkan perisian hasad (malware) untuk mencuri maklumat perbankan.
Sepanjang tahun lalu, lebih 33.3 juta serangan terhadap pengguna telefon pintar dikesan di seluruh dunia.
Serangan Trojan Banker terhadap Android meningkat daripada 420,000 pada 2023 kepada 1.24 juta pada 2024.
Perisian ini mencuri maklumat log masuk perbankan, e-pembayaran dan kad kredit.
Modus operandi termasuk penyebaran pautan berbahaya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), aplikasi pemesejan, fail lampiran dan laman web palsu.
Penjenayah juga mengeksploitasi isu semasa untuk menipu mangsa.
“Scammer kini lebih fokus menyebarkan fail berbahaya kepada lebih ramai mangsa. Kesedaran keselamatan siber amat penting untuk semua golongan,” kata pakar Kaspersky, Anton Kivva.
Walaupun kes Trojan Banker meningkat pesat, ancaman utama masih AdWare (57%), diikuti oleh Trojan umum (25%) dan RiskTools (12%).
Purata 2.8 juta serangan perisian hasad, AdWare dan perisian tidak diingini telah dikesan setiap bulan, manakala produk Kaspersky berjaya menyekat 33.3 juta serangan sepanjang 2024.
Ancaman utama lain termasuk aplikasi palsu Fakemoney dan versi WhatsApp diubah suai yang mengandungi Trojan Triada untuk memuat turun perisian hasad tambahan.
