Serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza meragut sebelas lagi nyawa pada awal hari Sabtu yang juga masuk hari ke 12 operasi ketenteraan rejim, lapor pasukan kesihatan Palestin.
Serangan turut mengorbankan sekumpulan penduduk di luar sebuah masjid di bandar selatan Khan Yunis, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra kepada AFP, sambil menambah bahawa tiga orang yang terkorban itu adalah dari keluarga yang sama.
Seorang daripada mereka adalah wanita, kata Qudra.
Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 307 orang sejak operasi besar-besaran rejim dilancarkan 12 hari lalu.
Hanya seorang orang awam Yahudi dan seorang anggota tentera terbunuh di pihak Israel sejak serangan bermula pada 8 Julai.
Perkembangan terbaru ini menyebabkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon akan ke rantau itu bagi menggerakkan usaha damai kedua-dua belah pihak.
"Setiausaha Agung PBB akan berlepas ke rantau itu Sabtu untuk menggerakkan rundingan damai Israel dan Palestin" kata Setiausaha Hal Ehwal Politik PBB Jeffrey Feltman di dalam satu sidang tergempar Majlis Keselamatan.
Dalam pada itu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menyatakan rasa bimbangnya ke atas krisis yang melanda dan mengenai tindakan Presiden Palestin Mahmud Abbas berunding dengan pemimpin luar.
Sementara itu, dalam menghadapi serangan darat, laut dan udara dari Israel, pergerakan Hamas kekal berkeras dan memberi amaran kepada negara Yahudi itu bahawa mereka akan ‘lemas di Gaza’.
Di Majlis Keselamatan, duta Palestin Riyad Mansour kelihatan membaca dengan kuat nama-nama rakyat Palestin yang terkorban sehingga menitiskan air mata.
Jumlah penduduk Gaza yang mencari tempat perlindungan dengan agensi itu juga telah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh satu hari iaitu daripada 22,000 kepada lebih daripada 47,000.
Pada Jumaat, Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan tentera untuk bersiap bersedia untuk memperluaskan serangan darat ke atas Gaza.
Menurut sumber ketenteraan, Israel telah mula membuka pendaftaran kepada 53,000 lagi tentera simpanan.
Manakala di Gaza, Program Makanan Sedunia turut membantu mengedarkan bekalan makanan kecemasan dan baucar makanan kepada lebih daripada 20,000 orang pelarian.
Dengan operasi serangan darat yang sudah bermula, mereka telah bersiap sedia untuk meningkatkan bekalan dan menjangkakan pengagihan makanan akan mencapai lebih 85,000.
Gaza juga bergelut dengan masalah gangguan kuasa dengan 70 peratus bekalan elektrik di situ di musnahkan tentera Israel.
Serangan darat Israel adalah dengan alasan sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin dan bertujuan mahu melumpuhkan Hamas yang menguasai Gaza.
Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza.
Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan masuk ke kawasan Israel menggunakan terowong berkenaan untuk melancarkan serangan pada Khamis. Israel mendakwa berjaya mematahkan serangan itu.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu CNN bahawa "pencerobohan darat oleh tentera Israel itu adalah satu langkah bahaya yang tidak diketahui akibatnya dan Israel akan membayar harga yang mahal untuk itu."
Agensi
Sat Jul 19 2014

Tentera Israel pembawa perisai (APC) bergerak ke arah sempadan Israel-Gaza pada 18 Julai. - AFP PHOTO /MENAHEM KAHANA

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Lapan lagi terbunuh di selatan Gaza
Lapan lagi orang terbunuh di selatan Gaza, awal Rabu, menurut pasukan perubatan, pada hari ke-23 pertempuran di antara Israel dan Hamas, lapor AFP.

Dua orang awam Israel, 576 rakyat Palestin terbunuh setelah 15 hari berlalu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan seramai lebih 100,000 penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka.

Serangan rejim di Gaza terus ragut nyawa, angka korban cecah 307
Terkini, serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza telah meragut tujuh orang awal hari Sabtu dalam hari ke 12 serangan, laporan pasukan medik.