Sesi yang dihadiri kira-kira 20 wartawan berpangkalan di Jakarta itu diadakan menjelang penerimaan Visi Komuniti ASEAN 2045 dan empat Rancangan Strategik oleh pemimpin ASEAN semasa Kepengerusian Malaysia pada 2025.
Dalam satu kenyataan, Sekretariat ASEAN menekankan komitmen Kao dalam menjalinkan hubungan lebih erat dengan media bagi menyokong diplomasi awam ASEAN.
Beliau turut menegaskan peranan penting media dalam menyebarluaskan maklumat mengenai inisiatif ASEAN serta meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap matlamat blok serantau itu.
Sekretariat ASEAN menyatakan sesi libat urus itu signifikan kerana ia diadakan sebelum penerimaan dokumen serta rangka kerja utama yang akan menjadi hala tuju integrasi serantau bagi dua dekad akan datang.
Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan ", dengan lebih 300 mesyuarat dan program utama dijadualkan sepanjang tahun ini.
Malaysia sebelum ini pernah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005, dan 2015.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)