SHANGHAI: Shanghai mengumumkan akan membuka semula semua sekolah rendah, menengah, tadika dan taska bermula 1 September selepas berbulan ditutup susulan COVID-19.
Bandar itu akan mewajibkan semua guru dan pelajar mengambil ujian asid nukleik COVID-19 setiap hari sebelum meninggalkan kampus, menurut kenyataan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Shanghai.
Ia juga menyeru guru dan pelajar untuk menjalankan pengurusan kesihatan diri selama 14 hari di dalam bandar sebelum pembukaan semula sekolah.
Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan untuk memerangi COVID-19 yang teruk pada April dan Mei.
Ia membenarkan beberapa pelajar sekolah menengah kembali ke bilik darjah pada bulan Jun, manakala sebahagian besar yang lain meneruskan pengajian di rumah.
Agensi
Sun Aug 14 2022

Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan. - Reuters
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.

3 maut dalam serangan pisau di Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin.

Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.

Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

TPM Fadillah tiba di China untuk misi perdagangan minyak sawit
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Shanghai, China dalam lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

China akan bekerjasama dengan semua negara untuk berkongsi peluang dalam pasarannya
China juga akan meningkatkan usaha memupuk pasaran domestik yang teguh dan mengimport lebih banyak produk berkualiti.

Selepas Jepun, Taufan Muifa mula beralih ke China
Selepas membadai Jepun, Taufan Muifa kini mula beralih ke perairan China.

Shanghai umum pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal
Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan.