ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada Rabu mengumumkan pelantikan anak lelaki sulungnya, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi, sekali gus sebagai calon pengganti beliau untuk mengambil alih tampuk kepimpinan persekutuan itu.
Terkenal dengan panggilan MBZ, Sheikh Mohamed yang memerintah Abu Dhabi turut mengumumkan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dilantik sebagai Naib Presiden UAE bersama-sama dengan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Sheikh Mansour yang berusia 52 tahun merupakan pemilik kelab bola sepak Manchester City.
Sheikh Khaled sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Agensi Perisikan Negara berkenaan pada 2016.
MBZ ditabal sebagai pemerintah Abu Dhabi dan Presiden UAE iaitu sebuah persekutuan yang mentabdbir tujuh wilayah (emiriah) pada Mei tahun lalu susulan kemangkatan abangnya, Sheikh Khalifa bin Zayed yang memerintah Abu Dhabi.
UAE dikenali sebagai sekutu Amerika Syarikat sangat masyhur kerana populariti kota Dubai yang menjadi tumpuan dan hab bagi sektor perniagaan dan pelancongan.
Agensi
Wed Mar 29 2023

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed diumumkan oleh ayahnya, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi sekali gus sebagai calon pengganti beliau untuk mengambil alih tampuk kepimpinan persekutuan itu.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.