KATHMANDU: Malim gunung terkenal Kami Rita Sherpa berjaya sampai ke puncak Gunung Everest buat kali ke-27, memecahkan rekodnya sendiri bagi pendakian paling berjaya di puncak tertinggi dunia itu.
Lelaki Nepal berusia 53 tahun itu sampai ke puncak pada pagi Rabu ketika membimbing ekspedisi yang dianjurkan oleh pengendali pengembaraan Seven Summit Treks, Khimlal Gautam, seorang pegawai perhubungan kerajaan yang kini berada di kem pangkalan Everest, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Seven Summit Treks juga turut mengesahkan pendakian itu, dengan berkata bahawa malim gunung atau sherpa itu sampai di puncak pada 8.30 pagi (0330 GMT).
Pendakian Kami Rita dibuat hanya beberapa hari selepas rakan sherpa Pasang Dawa Sherpa, 46, menyamai rekod beliau dengan 26 pendakian yang berjaya. Pasang Dawa merancang untuk mendaki sekali lagi seperti yang dilakukannya tahun lepas, menurut sumber.
Kami Rita yang merupakan anggota komuniti etnik Sherpa yang dilahirkan di kaki Gunung Everest memulakan kerjayanya sebagai seorang porter sebelum menjadi malim gunung. Dia mendaki Everest hampir setiap tahun sejak pendakian pertamanya yang berjaya pada 1994, menurut Guinness Book of World Records.
Kepakaran mendaki gunung sherpa dan pengetahuan akan keadaan tempatan penting dalam memastikan laluan selamat bagi ratusan pendaki yang mendaki Everest setiap tahun.
Menurut Gautam, lebih 250 orang telah sampai ke puncak gunung semasa musim bunga yang sedang berlangsung. Nepal mengeluarkan permit kepada 478 pendaki tidak termasuk malim gunung tempatan.
Nepal mempunyai lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia, semuanya melebihi 8,000 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Kami Rita yang merupakan anggota komuniti etnik Sherpa yang dilahirkan di kaki Gunung Everest. - Reuters

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.

Kelayakan Piala Asia 2027: Gagal sediakan venue, Nepal bertemu Harimau Malaya di Malaysia bulan hadapan
Paul berkata venue perlawanan terpaksa diubah susulan kegagalan Nepal menyediakan gelanggang tuan rumah bagi perlawanan pertama berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

TikTok didaftar di Nepal
Aplikasi video pendek popular TikTok didaftarkan di Nepal, dua bulan selepas kerajaan menarik balik larangan berbulan-bulan terhadap aplikasi itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Rabu.

5 pendaki Rusia ditemukan maut di Gunung Dhaulagiri
Lima pendaki Rusia yang dilaporkan hilang pada Ahad ketika turun dari Gunung Dhaulagiri ditemukan maut pada Selasa.

29 diselamatkan selepas bas dari India terjunam ke dalam sungai di Nepal
Seramai 29 orang diselamatkan selepas sebuah bas dari India yang membawa 40 orang penumpang terjunam ke dalam sungai di Nepal pada Jumaat, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Nahas helikopter di Nepal ragut nyawa juruterbang, 4 penumpang warga China
Helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas.

Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal
Empat penumpang terbabit merupakan warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal.

Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.