KATHMANDU: Seorang sherpa berkongsi detik cemas ketika dia menyelamatkan pendaki Malaysia pada altitud tinggi yang jarang berlaku di Gunung Everest.
Gelje Sherpa, 30, berkata, dia sedang memberi panduan kepada pendaki China untuk menawan puncak setinggi 8,849 meter (m) tersebut ketika insiden pada 18 Mei lalu.
Dia terlihat mangsa berpaut pada tali dan turut menggigil kesejukan di 'zon maut' di mana suhu berada di bawah -30 darjah Celsius.
Jelas Gelje, dia menarik pendaki itu turun sejauh 600m dari kawasan Balcony ke South Col yang mengambil masa kira-kira enam jam yang kemudiannya turut dibantu rakannya, Nima Tahi Sherpa.
\"Kami membalut tubuhnya dengan alas tempat tidur dan menariknya ke bawah serta mengangkatnya di belakang kami secara bergiliri-gilir menuju ke Kem III," ujar Gelje.
Difahamkan, sebuah helikopter membawanya dari ketinggian 7,162m di Kem III ke kem pangkalan.
"Adalah sangat mustahil untuk melakukan operasi menyelamat pada ketinggian tersebut," menurut jurucakap Jabatan Pelancongan, Bigyan Koirala.
Sementara itu, Tashi Lakhpa Sherpa dari Seven Summit Treks yang memberikan bantuan logistik kepada mangsa enggan mendedahkan identitinya atas sebab privasi.
"Pendaki itu sudah pulang menaiki penerbangan ke Malaysia pada minggu lalu," katanya.
Nepal mengeluarkan 478 permit mendaki pada musim kali ini yang bermula pada Mac hingga Mei dan sekurang-kurangnya 12 pendaki maut manakala lima dilaporkan hilang di lereng Everest. - Agensi
Agensi
Thu Jun 01 2023

Gelje Sherpa berkata, dia sedang memberi panduan kepada pendaki China untuk menawan puncak setinggi 8,849 meter (m) tersebut ketika insiden pada 18 Mei lalu. - Foto Agensi

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sherpa selamatkan pendaki Malaysia di 'zon maut' Everest
Seorang sherpa berkongsi detik cemas ketika dia menyelamatkan pendaki Malaysia pada altitud tinggi yang jarang berlaku di Gunung Everest.

Sherpa Nepal catat rekod daki Everest 27 kali
Kami Rita yang merupakan anggota komuniti etnik Sherpa yang dilahirkan di kaki Gunung Everest.