SINGAPURA: "Kita mesti bersiap sedia berdepan ketidaktentuan pada masa akan datang," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kepada rakyatnya dalam Perutusan Tahun Baharu 2023 pada Sabtu.
Situasi di peringkat antarabangsa "kekal bermasalah", katanya.
"Konflik Rusia-Ukraine terus berlanjutan, tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir.
"Ketegangan Amerika Syarikat-China mungkin berterusan.
"Masih belum jelas seberapa cepat China dapat pulih daripada COVID-19, manakala AS dan EU mungkin mengalami kemelesetan," kata perdana menteri itu.
Dengan situasi global terkini, Lee berkata, bahawa ekonomi Singapura akan terjejas.
Dalam tempoh ini, Lee berkata, rakyat Singapura "mestilah sentiasa bersatu padu."
Lee menekankan bahawa Timbalan Perdana Menterinya Lawrence Wong dan pasukan generasi keempat (4G) sibuk mengadakan perbincangan Forward Singapore, serta bekerjasama dengan rakyat untuk merangka hala tuju baharu negara.
Ramai rakyat Singapura berkongsi maklum balas dan pandangan secara aktif, termasuk menjadi sukarelawan di kawasan di mana mereka boleh menyumbang dan bekerjasama dengan Kerajaan.
"Kami menantikan hasil perbincangan, dan untuk menjayakannya pada separuh kedua tahun depan," katanya.
Lee berkata, Singapura telah mengharungi pandemik COVID-19 dengan selamat dan menjadi lebih kuat.
"Tindak balas COVID-19 negara telah meningkatkan kedudukan Singapura di peringkat antarabangsa.
"Terdapat banyak sektor perniagaan dan individu yang ingin membuka kedai di sini dan di rantau ini. Kita mesti merebut peluang berkenaan.
"Mengalu-alukan pelaburan yang menjanjikan dan bakat tanpa mengira kewarganegaraan, sambil membina kemahiran dan keupayaan kita sendiri, meneroka dan mengejar impian kita di rantau ini dan dunia," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpesan kepada rakyatnya bersiap sedia berdepan ketidaktentuan pada masa akan datang. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID-19: Singapura catat 51 kes baharu, tiga import
Kementerian Kesihatan republik itu mendedahkan terdapat satu kes dalam komuniti yang merupakan pemegang pas kerja.

COVID-19: 544 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 35,836
Singapura klasifikasikan 1,685 sebagai kes jangkitan dalam komuniti, 580 kes import dan 33,027 kes lagi melibatkan pekerja asing di asrama.