AMMAN: Sidang kemuncak Kesatuan Afrika pada Ahad menggesa siasatan bebas antarabangsa dilakukan terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Israel di Gaza, termasuk penggunaan senjata yang diharamkan selain menyasarkan hospital dan saluran media dalam perangnya di Semenanjung Gaza.
Berlangsung di Addis Ababa ibu negara Ethiopia, Sidang kemuncak itu turut menggesa Israel menyahut seruan antarabangsa untuk gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza dan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai dan menarik balik kepungan yang tidak adil di wilayah itu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Sidang kemuncak itu juga mengutuk perang kejam Israel dan penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap 2.2 juta orang awam yang tidak bersenjata dan mengecam hukuman kolektif terhadap orang awam di Gaza dan percubaan untuk memindahkan mereka secara paksa ke Semenanjung Sinai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Sidang kemuncak itu juga mengutuk perang kejam Israel dan penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap 2.2 juta orang awam yang tidak bersenjata. - AP
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.

Sidang kemuncak Afrika gesa siasatan bebas terhadap pencabulan Israel di Gaza
Sidang kemuncak Kesatuan Afrika pada Ahad menggesa siasatan bebas antarabangsa dilakukan terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Israel di Gaza.

Menteri-menteri luar ASEAN sokong siasatan bebas mengenai Ukraine
Para menteri luar turut menekankan mengenai kepentingan koridor kemanusiaan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dapat dihantar.

COVID-19: WHO lancar siasatan bebas berhubung pengendalian wabak koronavirus
Dr Tedros Adhanom Gebreyesus memaklumkan siasatan akan dimulakan seawal mungkin pada kadar yang sesuai.