KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium Disember ini akan memberi ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai aktiviti perdagangan dan kewangan serta menangani isu perubahan iklim antara dua wilayah terbabit.
Pesuruhjaya untuk Belanjawan dan Pentadbiran EU Johannes Hahn yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bagi mempromosikan Next Generation EU (NGEU) Recovery Plan berkata sidang kemuncak itu adalah bersempena 45 tahun perkongsian dialog antara ASEAN dan EU.
Sempena dengan sidang kemuncak itu rundingan dua hala intensif antara wakil EU dan Malaysia bakal diadakan.
"Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari Eropah adalah yang kedua terbesar di Malaysia, oleh itu sidang kemuncak ini memberi peluang besar kepada EU untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.
Kunjungan ke Malaysia sempena lawatannya ke empat negara ASEAN dan Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua selepas Singapura.
Beliau berkata hubungan antara ASEAN dan EU telah berkembang pesat sejak 45 tahun lalu terutamanya membabitkan sektor perdagangan dan politik, serta kedua-dua wilayah juga bersatu dalam menangani isu perubahan iklim.
Hubungan EU dengan ASEAN telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada Disember 2020, serta EU turut mengiktiraf kepaksian ASEAN dalam Strategi EU untuk Jalinan Kerjasama di Indo-Pasifik pada 2021.
Mengulas mengenai import minyak sawit EU dari Malaysia dan Indonesia, Hahn berkata beliau dimaklumkan bahawa mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) mengenai minyak sawit antara EU, Malaysia dan Indonesia yang diadakan baru-baru ini telah membuahkan hasil.
"Pertama, kami tidak (mengenakan) larangan terhadap minyak sawit, kami adalah pengimport kedua terbesar minyak sawit, tiada perubahan dalam hal ini. Kami berpendapat bahawa kami perlu menggunakan sumber yang lebih mampan...ini adalah pendekatan kami," katanya.
Baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata Parlimen EU telah mengundi agar biobahan api (biofuel) berasaskan sawit diharamkan sepenuhnya menjelang 2021.
Hahn berkata beliau mahu melihat Malaysia melabur dalam bon Eropah demi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara keduanya, sambil menegaskan bahawa lawatannya ke Malaysia memberi peluang untuk mempromosikan pelaburan yang ditawarkan Eropah melalui Next Generation EU (NGEU) Recovery Plan.
NGEU ialah inisiatif bernilai 806.9 bilion euro yang dilancarkan bagi membantu negara anggota EU dan Itali mengatasi krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta mengubah ekonomi Eropah dengan mencipta peluang pekerjaan termasuk menjadikan Eropah dan Itali lebih mesra alam, digital serta berdaya tahan.
Terdahulu, Hahn meluangkan masa hampir sejam bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan timbalan gabenor Bank Negara Datuk Marzunisham Omar bagi membincangkan kerjasama dua hala antara EU dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Sidang Kemuncak ASEAN-EU Disember ini akan memberi ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai aktiviti perdagangan dan kewangan serta menangani isu perubahan iklim antara dua wilayah terbabit. - Gambar hiasan/REUTERS
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.

Sidang Kemuncak ASEAN-EU buka ruang bincang isu perdagangan
Sempena dengan sidang kemuncak itu rundingan dua hala intensif antara wakil EU dan Malaysia bakal diadakan.