BANGKOK: ASEAN menghantar satu lagi bantuan kemanusiaan bernilai US$37,800 kepada Myanmar yang dilanda Siklon Mocha pada bulan lepas.
Menurut kenyataan pengerusi ASEAN, barangan bantuan termasuk kit alat perlindungan kecemasan dan sistem penapisan air manual tiba di Yangon pada Isnin (26 Jun).
Bantuan itu diangkut dari gudang Sistem Logistik Kecemasan Bencana untuk ASEAN (DELSA) di Subang, Malaysia menggunakan pesawat tentera Indonesia, menurut kenyataan itu.
"ASEAN bersedia untuk terus menyokong Myanmar, termasuk peralihan daripada respons kecemasan kepada fasa pemulihan.
"Modus sokongan mungkin dibangunkan antara lain, daripada laporan penilaian akhir Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT).
"Setiausaha Agung ASEAN, atas kapasitinya sebagai Penyelaras Bantuan Kemanusiaan ASEAN (SG-AHAC) akan menyelaras respons ASEAN," menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, dua kumpulan barangan bantuan DELSA bernilai US$393,400 turut dihantar dari Subang ke Yangon pada 21 dan 28 Jun.
Sehingga kini, ASEAN menerusi Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan mengenai pengurusan bencana (Pusat AHA) menggerakkan 10 kumpulan sokongan kemanusiaan untuk Myanmar dengan nilai keseluruhan sekitar US$ 1.6 juta.
Kenyataan itu memaklumkan bantuan itu digerakkan melalui penerbangan komersial, pengangkutan laut, dan pesawat tentera dari Singapura dan Indonesia.
Negara-negara anggota ASEAN juga bertindak secara individu dengan menyediakan sokongan bantuan kemanusiaan dalam bentuk bantuan kewangan, logistik dan alatan/peralatan.
Siklon Mocha telah menjejaskan berjuta-juta orang di Myanmar dan merosakkan 277,011 bangunan termasuk kediaman, sekolah, hospital dan kemudahan awam yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Menurut kenyataan pengerusi ASEAN, barangan bantuan termasuk kit alat perlindungan kecemasan dan sistem penapisan air manual tiba di Yangon pada Isnin (26 Jun). - Foto fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA