SINGAPURA: Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Kementerian Luar (MFA) Singapura berkata perkara itu disampaikan oleh Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berada di republik berkenaan untuk lawatan rasmi dua hari sejak Isnin.
"Mereka turut membincangkan cara untuk mengukuhkan Kepusatan Asean dan memastikan bahawa Asia Tenggara kekal sebagai titik terang di peringkat global," menurut MFA dalam kenyataan pada Selasa.
Semasa perbincangan itu, kedua-dua menteri menekankan kepentingan untuk meneruskan kerjasama erat demi manfaat bersama bagi rakyat Singapura dan Malaysia.
Ini termasuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan ketersambungan melalui inisiatif seperti Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sambil menangani isu dua hala secara membina.
"Mereka bersetuju bahawa kedua-dua pihak harus terus membuat kemajuan dalam isu-isu ini menjelang Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 di Malaysia akhir tahun ini," kata MFA.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata kedua-dua menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Singapura termasuk potensi kerjasama dalam sektor-sektor baharu.
"Perbincangan turut meliputi isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," katanya.
Terdahulu pada hari yang sama, Mohamad turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Ketiga-tiga pemimpin Singapura itu mengesahkan kerjasama kukuh dan hubungan bersejarah antara rakyat Singapura dan Malaysia.
Kedua-dua pihak juga mengulangi komitmen kuat mereka untuk meneruskan pertukaran peringkat tinggi dan bekerjasama secara dua hala dan juga dalam ASEAN di tengah-tengah persekitaran geopolitik yang lebih tidak menentu.
Sementara itu, Wong yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas jemputan untuk beliau membuat lawatan pengenalan awal ke Malaysia.
Perdana Menteri menerusi Facebook, berkata beliau gembira menerima jemputan Anwar untuk membuat lawatan ke Malaysia tidak lama lagi, sebelum Pemukiman Pemimpin tahunan akhir tahun ini.
"Saya gembira menerima jemputan beliau dan akan menjadualkan lawatan awal ke KL (Kuala Lumpur), sebagai sebahagian daripada siri lawatan pengenalan ke ibu kota ASEAN," katanya.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Mohamad ke republik itu sebagai Menteri Luar. Beliau berlepas dari Singapura pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. - Foto Facebook Wisma Putra
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.