SINGAPURA: Singapura mengambil pendirian berkecuali dalam pengundian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia pada Khamis, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA).
Menurut jurucakap kementerian, republik itu sedang menunggu keputusan Suruhanjaya Bebas Siasatan Antarabangsa mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa di Ukraine.
Suruhanjaya diberi mandat menerusi Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia 49/1 berhubung "Situasi hak asasi manusia di Ukraine yang berpunca daripada operasi ketenteraan Rusia", dan diterima pakai pada 4 Mac 2022.
"Singapura adalah penaja bersama resolusi berkenaan.
"Kami amat prihatin dengan laporan serta imej didakwa berlaku di Bucha dan bandar-bandar lain di Ukraine dengan angka korban yang tinggi serta kemusnahan infrastruktur awam.
"Singapura mengutuk sekeras-kerasnya sebarang pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan dalang di sebalik kejadian harus bertanggungjawab.
"Kami menggesa semua pihak bekerjasama dengan Suruhanjaya, dan membenarkan akses penuh tanpa halangan supaya ia boleh mengumpul bukti dan melaksanakan tugasnya," kata jurucakap itu.
Republik itu mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan, kemerdekaan politik, dan integriti wilayah Ukraine.
"Pendirian Singapura mengenai perkara ini jelas dan konsisten sejak konflik tercetus.
"Undian berkecuali kami terhadap resolusi ini adalah konsisten yang menyokong serta mendukung peraturan berasaskan sistem pelbagai hala dan penerapan mekanisme sewajarnya," kata jurucakap itu.
Perhimpunan Agung PBB menggantung keahlian Rusia selepas bukti menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Moscow.
Undian menyaksikan 93 negara menyokong dan 24 membantah, manakala 58 berkecuali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Republik itu mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan, kemerdekaan politik, dan integriti wilayah Ukraine. - Foto fail/REUTERS

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.