SINGAPURA: Singapura membenarkan pesawat Boeing 737 MAX kembali beroperasi mulai hari ini, selepas digantung Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sejak 12 Mac 2019, berikutan dua nahas udara yang melibatkan pesawat itu di Indonesia dan Ethiopia.
"Keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. CAAS telah mengambil langkah lebih teliti untuk menilai, memantau dan memastikan pesawat Boeing 737 MAX dapat beroperasi dengan selamat, sebelum menarik balik penggantungan operasi keluar masuk pesawat berkenaan di Singapura," kata Ketua Pengarah CAAS, Han Kok Juan, dalam satu kenyataan di sini.
CAAS membuat keputusan itu setelah menyelesaikan penilaian teknikal, meliputi perubahan reka bentuk pesawat oleh Boeing dan diluluskan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) serta pihak berkaitan yang lain.
Selain itu CAAS turut menyemak data operasi penerbangan pesawat ia kembali beroperasi sepanjang sembilan bulan lalu dan mendapati tiada isu keselamatan dikesan.
Bagi membolehkan penarikan balik itu dikuat kuasa, CAAS memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan Directive 13/2021.
Di bawah Directive itu, pengendali pengangkutan udara Singapura yang mahu menyambung kembali operasi pesawat Boeing 737 MAX diminta untuk mematuhi dan melaksanakan semua langkah seperti yang dinyatakan di dalam FAA Airworthiness Directive (AD) 2020-24-02 dan CAAS Directive 13/2021.
Ini termasuk mewujudkan program latihan kru penerbangan yang diluluskan CAAS merangkumi elemen latihan darat dan latihan penerbangan khas FAA untuk kru penerbangan Boeing 737 MAX, serta latihan simulator tambahan bagi memastikan juruterbang dilatih secukupnya mengenai pengurusan beban kerja ketika menangani kecemasan pesawat.
Singapore Airlines juga harus memastikan CAAS telah mematuhi dan melaksanakan semua keperluan sepertima yang termaktub di dalam FAA AD 2020-24-02 dan CAAS Directive 13/2021 sebelum pesawat Boeing 737 MAX kembali menyambung perkhidmatannya.
Singapore Airlines dilaporkan memiliki enam pesawat jenis itu dan akan menerima lapan pesawat lagi pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.
Syarikat penerbangan asing yang merancang memulakan operasi pesawat Boeing 737 MAX ke Singapura mesti mematuhi syarat CAAS di bawah perenggan 87A Perintah Navigasi Udara, serta FAA AD 2020-24-02 dan syarat pihak berkuasa penerbangan awam masing-masing.
Setakat ini, pengawal selia yang telah menarik balik sekatan operasi pesawat Boeing 737 MAX termasuk FAA, Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah, Penerbangan Awam Kanada, Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam Australia dan Lembaga Penerbangan Awam New Zealand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

CAAS membuat keputusan itu setelah menyelesaikan penilaian teknikal, meliputi perubahan reka bentuk pesawat oleh Boeing dan diluluskan FAA dan pihak berkaitan. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula
Masih terlalu awal untuk meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max, luah ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.

Boeing diketip sayap, Airbus melayang rentap
Buat pertama kalinya sejak 2011, Airbus berjaya menjual dan menyerah lebih banyak pesawat ke pasaran berbanding Boeing.

Laporan akhir nahas Lion Air didedahkan November ini
Laporan akhir nahas pesawat Boeing 737 Max Lion Air yang meragut 189 nyawa tahun lalu akan didedahkan November ini.