SINGAPORE: Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober, iaitu pada 9 Okt lalu.
Oktober tahun ini menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius selama 25 hari, lapor Xinhua.
Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura, menurut MSS.
Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura pada Oktober, memecah rekod sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius pada 14 Okt 2001 dan 13 Okt 2019.
Sementara itu, jerebu yang melanda negara itu pada 7 dan 8 Okt kini beransur pulih susulan lebih banyak hujan dicatat pada akhir Oktober, menurut MSS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura. - Gambar fail/Pixabay

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

12 kawasan diramal catat suhu panas hingga 37 Celsius - MetMalaysia
Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim.

Singapura catat suhu 36.3 darjah Celsius, tertinggi pada Oktober
MSS pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober, iaitu pada 9 Okt lalu.

MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 8 kawasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di lapan kawasan Semenanjung Malaysia.

Sekolah dibenar tutup jika suhu 37 darjah Celsius 3 hari berturut-turut
KPM membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.