SINGAPURA: Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.
"Sebagai contoh, mereka akan mengaktifkan rantaian bekalan untuk meningkatkan import ayam sejuk daripada sumber alternatif, meningkatkan import ayam sejuk beku daripada pembekal bukan Malaysia sedia ada, atau mengambil daripada stok ayam itik," menurut Singapore Food Agency (SFA) dalam kemas kini di Facebook.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan bahawa eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam akan dihentikan mulai 1 Jun sehingga harga ayam dan pengeluaran stabil.
Langkah itu sebagai langkah jangka pendek terhadap isu bekalan serta harga ayam.
"Walaupun mungkin berlaku gangguan sementara pada bekalan ayam sejuk, pilihan ayam sejuk beku masih ada untuk mengatasi kekurangan.
"Kami amat menggalakkan pengguna memainkan peranan mereka dengan bersikap terbuka untuk menukar pilihan - seperti lebih memilih ayam sejuk beku - serta sumber produk daging yang lain. Kami juga menasihati pengguna membeli mengikut keperluan," menurut SFA.
BACA: Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri
SFA memaklumkan kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia - hampir kesemuanya diimport dalam bentuk ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

SFA memaklumkan kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia. - Foto SFA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Singapura cuba minimumkan impak bekalan ayam dari Malaysia
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.

Wakil rakyat bawa 'ayam mahal' dalam DUN, hadiah pada Exco
ADUN PKR buat gimik sebagai mengulas isu harga barangan terutama ayam segar yang mengalami peningkatan sejak akhir-akhir ini.