Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menghentikan kenaikan fi berjadual bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 bertujuan mengurangkan impak signifikan pandemik COVID-19 terhadap industri penerbangan.
Dalam kenyataan hari ini, CAAS berkata pembekuan itu akan terpakai kepada tiga kategori fi termasuk pemeriksaan, ujian atau penilaian semasa proses perakuan atau kelulusan reka bentuk, pengeluaran atau pengedaran komponen pesawat atau material pesawat.
Kategori lain adalah fi ke atas pemeriksaan keselamatan semasa proses perakuan atau kelulusan bagi penyelenggaraan pesawat atau komponen pesawat; dan fi pembaharuan kelulusan atau perakuan untuk pemeriksaan, membaik pulih, membaiki, mengganti dan mengubahsuai pesawat atau komponen pesawat.
Kelulusan atau perakuan itu perlu dikeluarkan sebelum 31 Okt, 2017.
CAAS berkata syarikat-syarikat yang telah membayar fi dengan kadar peningkatan akan menerima lebihan pembayaran menerusi mod pembayaran original.
Menurut pihak berkuasa terbabit, kira-kira 170 syarikat penerbangan akan dapat menjimatkan S$200,000 secara keseluruhan.
CAAS berkata pembekuan fi itu merupakan antara langkah awal yang diumumkan sektor penerbangan untuk melengkapi pakej sokongan penerbangan yang dipertingkatkan oleh kerajaan.
Pakej itu merangkumi rebat 50 peratus ke atas fi pengawalseliaan bagi Perakuan Kelayakan Terbang yang baharu dan diperbaharui yang dijangka menjimatkan syarikat penerbangan Singapura kira-kira S$6 juta.
Di bawah pakej itu, syarikat penerbangan Singapura dan pengendali lapangan terbang boleh menangguhkan sebahagian fi sehingga satu tahun dengan jumlah keseluruhan kira-kira S$140 juta.
Levi Pembangunan Lapangan Terbang (ADL) yang dibayar oleh penumpang yang berlepas atau menyambung penerbangan menerusi Lapangan Terbang Changi turut dikecualikan kepada penumpang yang tiketnya dikeluarkan di antara 13 April 2020 dan 31 Mac 2021, termasuk kedua-dua tarikh itu untuk perjalanan dalam tempoh yang sama.
ADL itu diperkenalkan pada 1 Julai 2018 untuk membantu membiayai pembangunan lapangan terbang termasuk Terminal 5 baharu dan prasarana berkaitan di Changi East.
Penumpang yang memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Changi perlu membayar pada kadar S$10.80, manakala mereka yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi dan menyambung penerbangan menerusi Lapangan Terbang Changi dikenakan S$3.00.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020

CAAS berkata syarikat-syarikat yang telah membayar fi dengan kadar peningkatan akan menerima lebihan pembayaran menerusi mod pembayaran original. - Gambar hiasan

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Singapura henti kenaikan fi berjadual kepada syarikat penerbangan
Ia bertujuan mengurangkan impak signifikan pandemik COVID-19 terhadap industri penerbangan.