SINGAPURA: Memandangkan kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi, Singapura berkemungkinan mengalami gelombang jangkitan yang lebih besar berbanding jangkitan disebabkan varian Delta, menurut pasukan petugas berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu.
"Jadi, kita perlu bersiap sedia untuk hadapi gelombang jangkitan yang lebih besar kerana Omicron berbanding varian Delta," kata Pengerusi Bersama MTF, Ong Ye Kung pada sidang media maya di sini, Rabu.
Ong, yang juga Menteri Kesihatan republik itu, berkata ketika kemuncak jangkitan pada akhir Oktober dan awal November tahun lalu, Singapura mencatatkan kira-kira 3,000 kes Delta sehari, dan "Omicron kemungkinan boleh melebihi angka itu beberapa kali ganda."
"Pada kemuncaknya, jangkitan Delta meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam hingga lapan hari. Jangkitan Omicron mungkin berganda dalam dua hingga tiga hari," katanya.
Bagaimanapun, Ong berkata terdapat "berita yang agak baik", iaitu kajian di pelbagai negara seperti Afrika Selatan, AS, UK dan Kanada, menunjukkan jangkitan Omicron tidak seteruk jangkitan Delta.
Data itu sangat konsisten, terutamanya dalam kalangan mereka yang sudah divaksin dan menerima suntikan penggalak, katanya.
"Kami turut mengesan kes sedemikian di peringkat tempatan. Setakat ini kami mengumpul 2,252 kes Omicron. Daripada jumlah itu, tiga pesakit memerlukan bantuan oksigen, dan bantuan oksigen mereka dihentikan dalam masa tiga hari.
"Jadi, ketiga-tiganya kini semakin pulih. Tiada kes yang memerlukan penjagaan ICU (unit rawatan rapi) setakat ini," katanya.
Menurutnya jika 2,252 jangkitan yang sama ini disebabkan oleh Delta, "berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami menjangkakan kira-kira 30 individu memerlukan bantuan oksigen, ICU, atau meninggal dunia."
Menteri itu mengulangi bahawa vaksin, terutamanya penggalak, mengekalkan perlindungan daripada gejala penyakit yang lebih teruk dan kemasukan ke hospital akibat jangkitan Omicron.
Sungguhpun terdapat bukti menunjukkan Omicron lebih mudah menjangkiti dan kurang teruk, Singapura sedang melihat semula protokol penjagaan kesihatannya mulai 6 Jan 2022.
Ia akan mempertingkat lagi penggunaan Protokol 1-2-3 untuk memudahkan pengurusan kes COVID-19 yang diperkemas, antara lain, untuk mengurus individu berdasarkan tahap simptom yang dialami dan status kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Sungguhpun terdapat bukti menunjukkan Omicron lebih mudah menjangkiti dan kurang teruk, Singapura sedang melihat semula protokol penjagaan kesihatannya mulai 6 Jan 2022. - Gambar hiasan/AP
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Singapura jangka gelombang Omicron lebih besar berbanding Delta
Ketika kemuncak jangkitan Okt-Nov tahun lalu, Singapura mencatatkan kira-kira 3,000 kes Delta sehari.