SINGAPURA: Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.
CNA melaporkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) sedang "bekerjasama dengan rakan sejawatan di Malaysia untuk memperluas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dengan cara yang selamat dan progresif, supaya lebih banyak aktiviti perdagangan, ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara dapat disambung semula."
"Kami akan berkongsi butiran lanjut bila sudah sedia," lapor CNA memetik kementerian itu.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan akan membuka semula sempadan negara pada 1 April selari dengan perancangan memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik'
Ketika mengumumkan perkara itu, Ismail Sabri berkata bagi negara yang masih menutup pintu sempadan, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kaedah VTL yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit.
Pada masa ini, VTL telah dilaksanakan dengan Singapura sejak 29 Nov tahun lepas, melibatkan kedua-dua laluan darat dan udara.
Di bawah VTL darat, pengembara hanya dibenarkan berulang-alik antara republik itu dan Johor Bahru melalui perkhidmatan bas yang ditetapkan merentasi Tambak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Di bawah VTL darat sedia ada, pengembara hanya dibenarkan berulang-alik antara republik itu dan Johor Bahru melalui perkhidmatan bas yang ditetapkan merentasi Tambak. - Gambar fail/BERNAMA
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.