SINGAPURA: Singapura setakat ini mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan, menurut pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu.
MTF berkata lapan kes baharu Omicron disahkan dikesan hari ini (14 Dis) manakala enam kes Omicron awal yang dilaporkan sebelum ini juga disahkan menerusi penjujukan genomik.
"Varian Omicron kini dikesan di lebih 60 negara di seluruh dunia. Kami menjangkakan ia akan terus merebak ke banyak negara lain dari semasa ke semasa," kata Pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media maya di sini.
"Kami akan terus memantau rapat situasi global," kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri.
Gan berkata dua kes tempatan di Singapura adalah petugas perkhidmatan penumpang lapangan terbang.
"Kami tidak mengesan sebarang penularan dalam masyarakat, namun berdasarkan pengalaman negara lain, ia hanya menunggu masa. Ini bererti boleh berlaku lonjakan kes kerana sifat varian Omicron yang sangat mudah menular.
"Oleh itu kita mesti bersiap sedia untuk senario seperti itu," katanya.
Gan berkata vaksinasi kekal sebagai pertahanan utama Singapura terhadap COVID-19, termasuk varian Omicron.
"Kami menyediakan program suntikan dos penggalak untuk memastikan penduduk kita terus dilindungi daripada kesan yang teruk," katanya.
Singapura pada 11 Dis mengumumkan ia sedang melancarkan program vaksinasi kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sebelum akhir tahun ini.
Menurut MTF, kesemua 16 kes Omicron melibatkan mereka yang lengkap vaksinasi, tanpa gejala atau menunjukkan simptom ringan dengan 13 kes pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), dan tiga kes dibenarkan pulang.
"Setakat ini, semua kes mempunyai interaksi minimum dengan masyarakat sebelum diasingkan, dan kami tidak mengesan kes berkaitan dalam komuniti," menurut kenyataan itu.
Pengesanan kontak sedang dijalankan untuk mengurangkan penularan varian Omicron.
"Ini termasuk kuarantin di kemudahan yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) mengesahkan jangkitan varian Omicron itu melalui penjujukan genom sampel ujian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Singapura setakat ini mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan, menurut pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu. - Gambar fail/REUTERS

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.