SINGAPURA:Singapura akan memasuki Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi dan sosialnya pada 28 Dis ini, dan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 dijangka tiba ke sini hujung bulan ini.
Pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam pengumuman beliau semalam mengenai perkembangan COVID-19 yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara republik itu.
"Kini tindakan kita dalam menentang COVID-19 bertambah kukuh. Kita terus meningkatkan keupayaan dalam aspek ujian dan prosedur.
"Kita juga meningkatkan keupayaan pengesanan kontak. Disebabkan usaha-usaha ini, kita sekarang sudah bersedia dengan Fasa Tiga," katanya.
Singapura yang melaksanakan tempoh 'pemutusan rantaian penularan' selama lapan minggu bermula 7 April lepas bagi mengawal penyebaran pandemik itu, telah memasuki Fasa Kedua pembukaannya pada 19 Jun, selepas berada dalam Fasa Satu bagi tempoh hanya kira-kira dua minggu.
Menurut Lee di bawah Fasa Tiga, Singapura akan melonggarkan had kapasiti di kawasan awam, dan di tempat-tempat ibadat dengan "perubahan penting merujuk kepada persetujuan membenarkan kumpulan sehingga lapan jemaah berkumpul", jumlah yang bertambah berbanding maksimum lima sebelumnya.
Bagaimanapun Perdana Menteri itu mengingatkan bahawa walaupun Singapura telah memasuki Fasa Tiga, "tempoh perjuangan masih panjang perlu diharungi sebelum beroleh kemenangan".
"Virus COVID-19 masih belum dihapuskan sepenuhnya. Masih ada laluan jauh yang perlu ditempuhi," katanya.
Lee mengakui di seluruh dunia, pandemik itu masih mengganas, dan sempadan antarabangsa masih kekal ditutup, menjadikan satu-satunya pilihan adalah "membuka semula sempadan kita dalam cara yang terkawal dan selamat".
Singapura melaporkan kes pertama COVID-19 pada 23 Jan dan jumlah keseluruhan jangkitan ketika ini adalah 58,325.
Merujuk kepada vaksin, Lee berkata Pihak Berkuasa Sains Kesihatan republik telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech dalam menangani pandemik berkenaan.
"Kita juga menjangka lain-lain vaksin akan tiba di Singapura pada bulan berikutnya. Sekiranya semua berjalan mengikut rancangan, kita akan mempunyai vaksin yang mencukupi untuk semua di Singapura pada suku ketiga 2021," kata Lee.
Beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Singapura telah mewujudkan satu jawatankuasa yang dianggotai para doktor serta pakar bagi mencadangkan strategi vaksinasi.
Lee berkata kerajaan telah menerima pelbagai cadangan, antaranya cadangan supaya keutamaan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi seperti petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan, di samping warga emas dan kumpulan rentan.
Seterusnya jawatankuasa itu mencadangkan supaya proses vaksinasi dijalankan secara berterusan untuk penduduk selebihnya, dan meliputi seluruh penduduk negara pulau itu hujung tahun depan.
"Saya benar-benar yakin dengan pakar kita. Saya bersama rakan sekerja yang lain akan mengambil vaksin itu terlebih dahulu. Ini bagi menunjukkan kepada anda, terutama yang telah berumur seperti saya, bahawa kami percaya vaksin itu selamat digunakan.
"Kita telah putuskan untuk menjadikan vaksin ini percuma kepada semua rakyat Singapura, dan juga penduduk jangka panjang yang menetap di sini ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020

LEE: Kita telah putuskan untuk menjadikan vaksin ini percuma kepada semua rakyat Singapura, dan juga penduduk jangka panjang yang menetap di sini ketika ini. - Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.